Nissan, Uncategorized

Nissan Leaf: Unjuran Jualan Tahun 2010 Telah Habis Ditempah!

September 28, 2010


Hebat! Begitulah perkataan yang dapat diungkapkan kepada Nissan Motor Corp, pengeluar kenderaan nombor 3 di Jepun mengenai model ‘semua elektrik’ mereka iaitu Nissan Leaf. Nissan Leaf merupakan kereta elektrik kedua yang bakal menemui ‘cahaya matahari’ selepas Mitsubishi iMIEV yang telahpun berada di pasaran. Nissan Leaf ini dikatakan tidak melepaskan atau 0 pelepasan karbon ke atmosfera.

Mengikut sumber, tempahan Leaf di Amerika Syarikat telah dibuka pada April lalu dan telahpun ditutup kerana telah habis ditempah semua unit yang diunjurkan di pasaran Amerika Utara. Teruskan bacaan anda untuk lagi informasi dan gambar untuk model ini.

Ini merupakan satu kejayaan kepada Nissan kerana penduduk dunia semakin sedar akan keperluan menjaga alam sekitar dan disamping harga bahan bakar yang semakin mahal dari hari ke hari.

Nissan telah mendahului dua ‘abangnya’ iaitu Toyota dan Honda yang belum lagi mengumumkan kereta elektrik mereka kerana mereka masih bersaing hebat dalam kategori Hybrid (petrol + elektrik). Strategi Nissan dilihat berjaya untuk tidak mengeluarkan Hybrid sebaliknya menggunakan dana untuk membangunkan kereta elektrik ini.

You Might Also Like

1 Comment

  • At 2010.09.28 00:51, Zam said:

    Design kurang lawa. Pasal nak dapatkan aerodinamik yang kurang geseran agaknye

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    (Required)
    (Required, will not be published)
    *
    error: Content is protected !!