Toyota

Toyota Wish Generasi Kedua

September 21, 2010


Toyota Wish pertama kali diperkenalkan pada tahun 2003 kini melalui peringkat generasi ke dua. Wish yang seperti namanya menjadi impian peminat-peminat kereta kerana bentuknya yang menarik dan sudah pasti jenama Toyota yang terkenal dengan ketahanan dan harga jual semula yang tinggi. Lihat sahajalah di jalan raya kita yang dibanjiri model menjadi petanda aras kepopularan model ini di kalangan rakyat Malaysia.


Dengan kata tagline ‘Kereta yang menjadi impian semua’, Wish generasi ke dua ini tidak dinafikan lebih baik dalam pelbagai sudut berbanding model sebelum ini Dan yang paling penting, Wish ini dilengkapi dengan enjin generasi baru Toyota iaitu Valvematic digabung dengan transmisi serba baru Super CVT-i yang menjanjikan 15% penjimatan bahan api berbanding model terdahulu. Wish mempunyai 2 varian iaitu 1.8l dan 2.0l.Rekaan dalamannya masih mengekalkan ciri-ciri generasi pertama namun ianya lebih diperhalusi lagi untuk nampak lebih futuristik dan solid.Namun begitu, Toyota Wish yang dibawa secara rasmi oleh UMW Toyota mempunyai tag harga RM170,000 seterusnya sukar untuk dimampu milik oleh golongan kebanyakan. Kita harap kerajaan akan lebih rasional dalam percukaian kenderaan import untuk memberi rakyat pelbagai pilihan pengangkutan.(Info harga rasmi di thailand RM110,000).

You Might Also Like

4 Comments

  • At 2010.09.22 04:16, Anti Kerajaan said:

    Harga beza RM60K dari Thailand. Hampeh tul. Scam!

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

    • At 2010.09.28 03:08, Takumi said:

      Nasib r..kerajaan x reti nak cari sumber laen selaen mengenakan cukai tinggi ke atas keta impot…rakyat jugok yang mengidap nyer..meh kita jd rakyat thai..kah3…leleh r air liur nk merasa pakai wish….huhuhu

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

      • At 2010.09.28 03:09, Takumi said:

        Kalu jadi kroni Umno ade la peluang nk pakai Vellfire….

        Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

        • At 2011.06.02 13:21, carkey said:

          jom layan info kereta di sini

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

          (Required)
          (Required, will not be published)
          *
          error: Content is protected !!