BMW, News

BMW Panggil Semula 198,000 Unit Kereta di Amerika Utara, 350,800 Unit Di Seluruh Dunia Kerana Masalah Brek

October 1, 2010


BMW mengumumkan untuk menarik balik 350,800 unit kereta di Seluruh dunia dan daripada jumlah itu, 198,500 unit adalah di Amerika Utara kerana masalah brek kuasa yang boleh bocor dan ini adalah penarikbalikan keselamatan kali kedua syarikat ini untuk minggu ini.

BMW dipetik berkata, penarikbalikan ini melibatkan BMW 5 siri, 6 siri dan 7 siri yang dipacu oleh enjin V8 dan V12 antara 2002-2010. Penarikbalikan ini juga melibatkan model Roll Royce antara 2003-2010.

Kebocoran itu mengurangkan kuasa membrek, walaupun belum ada kemalangan atau kematian dilaporkan. Walaubagaimanapun, jika brek kuasa mengalami kegagalan, brek mekanikal masih lagi ada dan boleh dipakai untuk memerlahankan kenderaan.

Panggilan balik semula ini adalah yang terbesar oleh BMW. Apa pun belum ada kenyataan rasmi dari BMW Malaysia samada kereta-kereta BMW yang dibawa secara rasmi di sini terlibat atau tidak. Namun jika lihat tahun pembuatan yang terlibat dengan masalah ini, dijangka ramai pemilik BMW bakal resah.

Kami akan cuba update untuk perkembangan terbaru BMW Malaysia

Sumber: NST

Komen aku: Tahun 2010 memang tahun recall. Selepas kita lihat Toyota berhempas pulas menaikkan imejnya, kini kita dikejutkan lagi dengan berita penarikbalikan oleh pengeluar kereta mewah tersohor iaitu BMW.

Brek merupakan antara elemen keselamatan yang paling penting untuk memberhentikan kereta terutamanya kereta BMW yang mempunyai daya kilas yang tinggi. So lebih besar kuasa kuda enjin dan daya kilasnya, perlulah brek yang berkemampuan besar seperti Brembo dan lain-lain.

You Might Also Like

1 Comment

  • At 2010.10.23 04:10, nad said:

    keta honda jenis apa lak yg kena recall ye????

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    (Required)
    (Required, will not be published)
    *
    error: Content is protected !!