Baru-baru ini Proton telah memenangi perlumbaan kereta masa depan untuk kategori range extender. Menurut sumber blog permotoran terkenal tempatan iaitu paultan.org, mereka telah melakukan uji pandu untuk model ini di Malaysia. Menurut sumber, kereta ini dibangunkan bersama Fraser Nash Research yang berpangkalan di UK, Lotus Imperial College dan Universiti Teknologi Malaysia. Model ini masih lagi diperingkat prototype dan jika mengikut perancangan ia bakal dilancarkan pada tahun 2012. Baca cerita lanjut di paultan.org.
Tahun 2011-2012 bakal menjadi tahun paling sibuk untuk Proton dengan perancangan melancarkan beberapa model baru dan penambahbaikan. Enjin turbocharged pertama, Persona Replacement, EMAS dan Hibird REV. Satu perkembangan yang menarik namun apapun bagi saya disamping mengembangkan teknologi pada model sedia ada, penting bagi Proton untuk melengkapkan barisan model seperti penambahan model SUV dan Segmen D. Disamping itu untuk mengoptimumkan kapasiti kilang, Proton juga boleh mengeluarkan kenderaan komersil ringan.