Proton

Proton Inspira 2.0L Berbaloikah?

November 12, 2010

Proton Inspira 2.0L (gambar atas) mempunyai harga jualan RM91,999 seterusnya menjadikannya kereta kelas 2.0L yang termurah di negara ketika ini. Bermula dengan Kereta-kereta dari Korea yang menawarkan harga bawah dari RM120,000 untuk model 2.0L, kini pengeluar-pengeluar lain terutamanya Jepun telah mengikut trend semasa dengan menurunkan harga model 2.0L mereka seperti Sylphy. Adakah Inspira ini berbaloi dari segi harga dan teknikalnya? Lihat bandingan yang saya buat berbanding model yang sedia ada di pasaran sekarang (kecuali Lancer).

Bagi saya, dengan spesifikasi yang setanding atau lebih dari model-model yang lain dan harga yang ditawarkan, Proton Inspira ini memang berbaloi untuk dimiliki. Harga Inspira ini juga hampir sama dengan model Mitsubishi dipanggil Galant Fortis.

Di negara Jepun, Galant Fortis ditawarkan dalam 2 varian iaitu 2WD dan 4WD masing-masing dengan harga RM78K dan RM86k. Harga yang agak tinggi di sini mungkin adalah selisih keuntungan yang diambil pihak Mitsubishi dan cukai kerajaan. Kerajaan juga mungkin memberi pelbagai insentif dari segi percukaian kerana ianya dipasang di Malaysia dan yang penting, ianya adalah jenama Malaysia justeru ia tidak dikenakan duti eksais yang terlampau tinggi.

You Might Also Like

4 Comments

  • At 2010.11.19 10:38, Dino said:

    Saya rasa price Inspira still mahal, sepatutnya ketiga2 versi tersebut range dari RM65k to RM80k

    Hot debate. What do you think? Thumb up 6 Thumb down 3

    • At 2010.11.19 10:50, admin said:

      Harganya lebih kurang sama dengan Galant Fortis di Jepun. Bagi saya ianya boleh dikatakan berpatutan.

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 4

    • At 2011.01.01 03:06, Mentol Bulat said:

      Harga Inspira lebih murah daripada Lancer…. yang menjadi persoalan adalah adakah inspira ini setanding dengan Lancer???

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1

      • At 2011.01.01 03:45, admin said:

        Inspira mempunyai kualiti lancer pada masa sekarang. Jika komponen sudah localized, saya tidak pasti.

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

        (Required)
        (Required, will not be published)
        *
        error: Content is protected !!