Sumber dari internet iaitu forum lotus-forum.be telah menjumpai gambar Saga dan Exora EV yang akan di pertandingkan di future challenge di UK. Sebelum ini Proton dipetik bernama akan mengambil bahagian dalam perlumbaan ini. Perlumbaan sejauh 60 batu ini juga merupakan sebahagian dari program RnD kereta EV Proton.
Lebih 60 model kenderaan hibrid mengambil bahagian dan mana-mana model yang menggunakan jumlah tenaga terendah akan muncul sebagai pemenang.