Sempena ulangtahun ke 25, syarikat kereta nasional iaitu Proton Holdings Berhad sedang mengadakan festival jelajah Proton 1 Malaysia. Ini bertujuan untuk promosi dan mempamerkan teknologi terkini mereka seperti kereta konsep, hibrid, elektrik dan juga model sedia ada untuk jualan.
Ini juga peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk pergi ke KLIMS yang lalu untuk lihat lebih dekat lagi barisan model-model Proton pada siri jelajah kali ini. Antara model yang dipamerkan ialah konsep EMAS, Jebat dan Kasturi, model Exora hibrid dan Satria Neo S2000. Berikut adalah kalendar festival tersebut.
Kalendar Festival PROTON 1Malaysia :
18hb Disember, 2010 – Ipoh – Stadium Indera Mulia (10pg – 6ptg)
19hb Disember, 2010 – Alor Star – Star Parade Shopping Centre (10pg – 6ptg)
20hb Disember, 2010 – Kangar – Dataran 350 (10pg – 6ptg)
21hb Disember, 2010 – Penang – Jalan Padang Kota Lama (10pg – 6ptg)
22hb Disember, 2010 – Kota Bahru – Dataran Stadium (10pg – 6ptg)
23hb Disember, 2010 – Kuala Terengganu – Dataran Shahbandar (10pg – 6ptg)
26hb Disember, 2010 – Kuantan – Stadium Darul Makmur (10pg – 6ptg)
27hb Disember, 2010 – Batu Pahat – Dataran Penggaran (10pg – 6ptg)
28hb Disember, 2010 – Melaka – Melaka Mall (10pg – 6ptg)
29hb Disember, 2010 – Seremban – Dataran Nilai (10pg – 6ptg)
31hb Disember, 2010 – Lembah Klang – PROTON Centre of Excellence (8pg – 12tgh malam)
Keterangan lebih lanjut klik di [sini]