Proton dikatakan akan mengeluarkan model salinan Lotus Europa (gambar) untuk menjadi model kereta sport pertama mereka. Autoblog Jepun juga melaporkan berita yang sama. Ini dikuatkan lagi apabila pada KLIMS yang lalu, Proton telah mempamerkan model konsep Lekir Lotus dijangka akan menghentikan pengeluaran model Europa untuk memberi laluan kepada model Evora yang mempunyai permintaan lebih tinggi.
Memang menarik perkembangan ini kerana kita sudah tahu yang Lotus Europa menggunakan enjin toyota pasangan belakang dan jika Proton mengeluarkan kereta ini sebagai kereta sportnya, adakah ia akan menggunakan enjin yang sama ataupun Campro juga? Sila teruskan bacaan untuk lebih info dan galeri Lotus Europa.
Satu perkara lagi, Lotus Europa ini menggunakan body yang diperbuat dari bahan komposit dan chasis yang menggunakan aluminum untuk pengurangan berat. Komposit adalah bahan yang mahal dan sama seperti bahan untuk membuat kapal terbang. Adakah untuk harga yang lebih berpatutan Proton akan menggunakan sheet metal untuk membuat body panel dan chasissnya?
Memang menarik dan jika benar, kita pasti tertunggu-tunggu apa reaksi pasaran dan pembeli mengenai model salinan Lotus ini. Pengembangan produk adalah satu perkara yang perlu diambil serius oleh Proton untuk dikenali sebagai pengeluar automotif tersohor.
Apa komen anda?
Sumber: jp.autoblog