Proton

PROTON Cadang Keluarkan Kereta Sport Mirip Lotus

December 23, 2010

Proton hari ini dipetik dalam Berita Harian akan mengeluarkan model kereta Sport mirip Lotus dan Proton Inspira model dipertingkat dalam jangkamasa 2 tahun lagi. Ikuti berita penuh di bawah:

PROTON Holdings Bhd bercadang mengeluarkan kereta sport mirip Lotus dengan dua tempat duduk dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengurus Besar Perancangan Korporatnya, Dr Badrulhisham Mohd Ghazali, berkata kereta sport keluaran syarikat automotif nasional itu bukanlah jenis hatchback seperti keluaran PROTON Satria Neo.

Konsep Lekir di KLIMS mungkin kereta Sport mirip Lotus yang dimaksudkan oleh Proton

Ia dalam perancangan ketika ini. Kita tengok dalam tempoh setahun atau setahun setengah, katanya kepada media selepas memberikan bantuan beg sekolah kepada 47 anak yatim dari rumah Balqis pada Karnival PROTON di Kota Bharu, Kelantan semalam.
Badrulhisham berkata, sebagai langkah meningkatkan jualan dan prestasi PROTON, pihaknya akan memperkenalkan model kereta baru setiap lima tahun.

Beliau berkata, contoh terdekat adalah keluaran PROTON Saga yang mana PROTON akan memperkenalkan platform terbaru untuk kereta itu dalam tempoh lima tahun.

Sekarang ini, PROTON Saga menggunakan platform atau chasis PROTON Savvy dan ia digunakan sejak lapan tahun lalu.

Komitmen PROTON seterusnya adalah meningkatkan mutu kereta keluaran kami, kami akan menukarkan kereta baru bagi PROTON Saga bagi tempoh setiap lima tahun.
Beliau berkata PROTON Saga FL adalah versi yang ditingkatkan untuk pengguna hasil daripada maklum balas pelanggan yang inginkan kelainan dan pihaknya menerima tempahan 1,000 unit untuk kenderaan itu.

PROTON Saga FL adalah model kereta sub-compact yang mempunyai 1.3 silinder enjin Campro berharga RM37,548 hingga RM44,998.

Bagi PROTON Inspira pula, katanya pihaknya akan memperkenalkan model dipertingkatkan melalui edisi terhad PROTON Inspira.

Katanya, kenderaan itu akan melalui beberapa tambahan aksesori termasuk skirting, sport rim lebih besar serta ruang dalaman yang lebih kemas.

Malah, katanya, hasil maklum balas, pengguna menyukai PROTON Inspira yang berkapasiti 2.0 silinder berbanding model 1.8 silinder dan perkara itu adalah diluar jangkaan pihaknya.

PROTON Inspira adalah pertukaran teknologi dengan Mitsubishi bagi model Lancer dan PROTON memperkenalkan model itu yang berkapasiti silinder 1.8 dan 2.0, berharga antara RM78,999 dan RM 91,999 seunit – BERNAMA

You Might Also Like

1 Comment

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!