Proton

Honda Civic 2011 VS Proton Persona R 2012

January 21, 2011


Bahagian depan


Bahagian sisi


Bahagian belakang sisi


Bahagian belakang

Inilah yang dinantikan oleh rakyat Malaysia apabila Proton bakal melancarkan kereta global sedan pertamanya iaitu Persona R pada 2012. Dilaporkan kereta ini sudah dalam peringkat pembuatan komponen percubaan. Bagaimana rekaan sebegini? Bolehkah ianya pergi ke global? Di sini sembang-auto.com membawakan shoot out rekaan Persona R dibandingkan dengan model yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Honda Civic yang bakal dilancarkan secara global di pameran Geneva akan datang.

Dari segi prestasi, enjin Campro CFE turbocharged menghasilkan kuasa 138hp dan 205Nm tork adalah amat baik dan setaraf dengan enjin 2.0liter Honda Civic yang menghasilkan 155hp dan 188Nm tork. Persona R juga bakal menggunakan kotak gear CVT dan jika Civic masih mengekalkan powertrain dan kotak gear automatik 5 kelajuan konvensional sedia ada untuk model terbaru mereka, adakah Persona R lebih baik?

Dari segi rekaan, terpulang anda untuk menilai. Bagi saya ianya perlu diperbaiki lagi dengan menambah beberapa lengkuk pada profil sisi. Diharap rekaan dan bahan buatan dalaman juga berkualiti dan mengikut piawaian model global yang lain. Bagaimana dengan anda? Jika harganya berpatutan, pasti berbaloi tunggu model ini.

You Might Also Like

8 Comments

  • At 2011.01.21 11:47, hang2 said:

    persona nampak lebih tembam / dompok.
    kene adjust skit lampu blakang penuh tak smart.
    macam future car design yg dibuat pada tahun 80 an.
    better separate kan lampu blakang.
    body kene kasi banyak sharp lives / curves. baru sporty.
    wheel arch besar skit. baru bleh taruk rim besar taya profile nipis.
    hehehe.. ape2 pon kire ok jugak persona.
    tp pilihan saya buat masa ni civic. unless ade perubahan drastik pada persona.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

    • At 2011.01.21 15:36, Azizul said:

      Setuju dengan bro

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

    • At 2011.01.21 11:57, Samposmen said:

      tuah tu sebenarnya persona ke? dari depan macam kia forte je. apapun memang smart. tapi harga rasanya memang tak berbaloi

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

      • At 2011.01.21 15:37, Azizul said:

        Jika apa yang diberitahu oleh staff Proton masa KLIMS tu hari, Tuah adalah Persona R.

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

      • At 2011.01.21 12:08, mknace said:

        🙂 🙂 :)terbaeekkk!!!!
        singgah dari mknace unlimited

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1

        • At 2011.01.21 14:26, pauline said:

          sya nak kereta nie..

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

          • At 2011.01.21 23:41, sharinginfoz said:

            kalau boleh nak juga merasa foreign product tapi harganya terlalu mahal, maybe after AFTA

            Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

            • At 2011.07.24 08:55, รับทำเว็บ said:

              good design is cool

              Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

              (Required)
              (Required, will not be published)
              *
              error: Content is protected !!