Lotus

Pelan Pemulihan Group Lotus Mengikut Rancangan

January 18, 2011

NORWICH: Kerja untuk memulakan pengeluaran kereta baharu
di bawah pelan pemulihan lima tahun Group Lotus sedang dilaksanakan, kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Katanya kunci kepada pelan pemulihan itu, yang diumumkan pada Oktober tahun lepas bersama-sama dengan lima kereta baharu di Pertunjukan Kereta Paris, ialah pasukan berkenaan dan kumpulan itu gembira dengan pasukan yang ditubuhkan.

Group Lotus adalah anak syarikat milik penuh Proton Holdings.
Syed Zainal Abidin berkata pelan pemulihan berkenaan akan menjadi pelan jangka panjang Group Lotus, kerana walau pun syarikat itu telah menghasilkan pulangan yang lebih baik, ia masih belum menjadi entiti yang menguntungkan. Dalam mana-mana pelan pemulihan, kumpulan itu perlu melakukan pelaburan terlebih dahulu, katanya kepada pemberita di ibu pejabat Group Lotus di sini hari ini.

“Lima kereta yang anda telah lihat di Pertunjukan Kereta Paris tidak akan dikeluarkan esok. “Bagi sementara waktu, syarikat itu akan mengeluarkan model kereta semasa yang sedang mereka keluarkan, menambah baik prestasi dan jualannya dan jelas
sekali di segi kejuruteraan. “Saya pasti pelan untuk memulihkan syarikat itu bukan sahaja bagi tempoh setahun tetapi berupaya mengekalkannya,” katanya.

Katanya pelaburan keseluruhan yang diperlukan bagi tempoh lima tahun ialah 480 juta pound (kira-kira RM2.3 bilion), yang termasuk pembangunan produk, pembinaan dan kemudahan dan enjenamaan serta promosi. Pengerusi Proton Holdings Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata Group Lotus secara sendirian tidak dapat mengumpul jumlah wang sebanyak itu jadi ia perlu menyandar kepada syarikat pegangannya. “Anggota Lembaga Pengarah yang kami bawa sekali hari ini dapat melihat sendiri mengenai syarikat itu dan pelaksanaan program itu dan ini akan memberikan eyakinan mereka apabila mereka perlu meluluskan beberapa perkara tertentu berkaitan Lotus,” katanya, yang merujuk kepada beberapa orang pengarah Proton Holdings yang kelihatan di trek ujian Group Lotus, yang terletak berdekatan barisan pemasangan syarikat itu.

Daripada pelaburan yang diperlukan di bawah pelan pemulihan itu, majoritinya ialah melalui pinjaman komersil yang diharap dimuktamadkan tidak lama lagi, kata Syed Zainal Abidin.
Katanya Group Lotus perlu menjual kira-kira 3,500 kereta setahun untuk mencatatkan keuntungan dan jumlah jualan itu selepas tempoh lima tahun sepatutnya hampir 8,000 setahun. Ini bermakna sumbangan syarikat itu kepada keuntungan Proton Holdings akan menjadi agak signifikan, katanya. Model pertama yang akan dipasarkan di bawah pelan pemulihan itu ialah model Esprit yang baharu pada musim bunga 2013, yang diikuti oleh Elan yang baharu pada musim gugur 2013, Elise yang baharu pada musim bunga 2014, Elite yang baharu pada musim bunga 2014 dan Eterne pada musim bunga 2015. — BERNAMA

You Might Also Like

3 Comments

  • At 2011.02.22 18:52, Lowongan Kerja Cpns said:

    Salam damai n sejahtera Sembang Auto, posting yang informative. Kl blh ksh saran, akan lebih baik jika postingnya direkomendasikan di berbagai social directory, feedburner, dsb, agar bs bermanfaat untuk pembaca yang lebih luas, salam kenal, feel good, sukses selalu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • At 2011.02.24 08:00, Iklan Lowongan Kerja said:

      Salam kenal juragan Sembang Auto , Begitu banyak untuk memberikan setiap orang kesempatan yang sangat mempesona untuk membaca artikel dan posting posting dari blog ini, Terima kasih. Posting posting anda sangat menarik, saya menyempatkan waktu untuk mengunjungi situs web Anda tidak kurang dari 3 kali per minggu untuk melihat rahasia rahasia terbaru Anda. Dan tentu saja, aku selalu terkejut dengan pikiran yang luar biasa Anda berikan.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

      • At 2011.02.25 07:05, Iklan Lowongan Kerja said:

        Artikel yang informative gan. Kl blh tau, di mana juragan mendapatkan tema themenya? Themenya sangat bagus, sepertinya itu yang dirancang secara profesional,thanks.

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

        (Required)
        (Required, will not be published)
        *
        error: Content is protected !!