Proton

Proton Satria Neo Di Pamer di Tokyo Auto Salon

January 15, 2011

Inilah Satria Neo yang akan dijual di Jepun dibawah syarikat talaan Jepun iaitu Carosser dengan jenama talaan popular mereka iaitu Cusco. Cusco yang popular dengan sistem gantungan atau suspensi berprestasi tinggi telah beberapa lama bekerjasama dengan Subaru dan Mitsubishi untuk setup suspensi Impreza dan Lancer Evolution. Cusco akan membeli Satria Neo standard dan akan menalanya dengan barangan mereka sehingga menjadi spesifikasi rali untuk kelas N. Ia adalah untuk pelanggan yang ingin menyertai pertandingan rali junior kelas N.

Ini kali kedua atau ketiga rasanya model Proton dipamerkan di Jepun, kuasa besar pengeluaran kereta dunia, selepas pameran vendor automotive yang diadakan oleh JETRO. Namun itu adalah sekadar pameran tetapi kali ini untuk jualan. Ini satu petanda yang baik untuk Proton lebih dikenali dan mendapat perhatian wartawan majalah kereta Jepun. Syabas kepada Proton. Teruskan bacaan untuk galeri Satria Neo edisi Cusco.

Sumber: Paultan.org


You Might Also Like

1 Comment

  • At 2011.01.15 01:34, pauline said:

    hebat la proton satria neo.. =) 

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    (Required)
    (Required, will not be published)
    *
    error: Content is protected !!