Uncategorized

Cukai Kereta Dikurangkan Jika Pakatan Rakyat Memerintah?

February 11, 2011

Sumber dari Malaysiakini telah melaporkan bahawa Pakatan Rakyat bakal mengemukakan pelan pengurangan bebanan cukai radikal mengikut dasar automotif negara (DAN). Sebagai sebuah blog automotif bebas, entri ini janganlah dilihat sebagai menyebelahi sesebelah pihak tetapi begitulah realitinya di negara kita di mana harga keretanya antara yang termahal di dunia berikutan struktur cukai yang rumit dan tinggi. Fakta menunjukkan hutang kereta penduduk Malaysia adalah berjumlah RM 118 bilion, kedua selepas rumah yang mencapai RM225 bilion.

Menurut timbalan presiden PKR, saudara Azmin Ali, cukai sebuah kereta Perodua berharga RM40,000 adalah sebanyak RM16,500. Beliau menggesa rakyat memikirkan semula senario ini dan pakatan rakyat sedang berusaha untuk memikirkan dasar baru untuk mengurangkan harga kereta dan rumah.

Jika kita lihat carta di atas, kita dapat menilai berapa harga yang perlu dibayar oleh rakyat Malaysia untuk memiliki sebuah Honda Civic. Walaupun kerajaan berulang kali menegaskan ianya bertujuan melindungi pengeluar nasional iaitu Proton dan Perodua, cukai yang dikenakan adalah teramat tidak munasabah dan membebankan. Walaupun kerajaan mengutip ratusan bilion ringgit dari cukai kenderaan, tidak nampak perubahan ketara dari segi infrastruktur awam dan ini menyebabkan rakyat tertanya-tanya ke mana wang tersebut dibelanjakan. Sebagai rakyat Malaysia, apa yang penting kita perlu berfikir secara rasional untuk kebaikan semua dan tidak hanya kerana kepentingan peribadi dan politik sahaja.

You Might Also Like

2 Comments

  • At 2011.09.22 06:38, tokan said:

    bagi saya, saya sangat2 menyokong dan mengalu-alukan apa-apa cadangan yang dapat memberikan kebaikan kepada rakyat dengan syarat ianya dapat memberi manfaat secara keseluruhan kepada semua lapisan masyarakat. sekiranya ia hanya memberi manfaat kepada segelintir, maka saya kurang bersetuju. apa akan jadi sekiranya harga kereta murah tetapi harga makanan, pendidikan, rawatan perubatan menjadi mahal?kebuluran, tahap pendidikan yang rendah, kualiti kesihatan yang rendah?

    mungkin ada yang membangkitkan isu-isu ke mana perginya perolehan cukai kereta tersebut. saya sendiri tak tahu secara detail amaunnya tetapi mungkin bagi menampung subsidi. namun saya tidak menolak berlakunya penyelewengan kepada perolehan tersebut oleh pihak-pihak tertentu.

    sekian pendapat saya.tq.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1

    • At 2011.09.22 07:51, admin said:

      Terima kasih atas komen anda. Cukai mahal tidak salah tetapi pastikan ianya digunakan dengan betul. Banyak negara yang mengenakan cukai tinggi tapi memberi pendidikan percuma sampai universiti. Apa pun ini adalah pendapat peribadi masing2.

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1

      (Required)
      (Required, will not be published)
      *
      error: Content is protected !!