Proton

Imej Artis Proton Persona R Versi Produksi

February 15, 2011

Ini adalah imej artis Proton Persona R versi produksi oleh theopiluschin diambil dari blog paultan.org. Memang menarik model Persona R ini jika berwarna biru seperti gambar di atas. Menurut sumber, rekaan Persona R ini dinamakan Espire dan mungkin model gantian Persona ini mempunyai 2 nama iaitu Persona untuk pasaran tempatan dan Espire untuk pasaran luar seperti yang dipraktikkan oleh pengeluar lain. Menurut sumber juga, model Persona R dipertunjukkan di KLIMS tempohari adalah rekaan asal dan versi produksi dikatakan telah melalui design review dan mengalami penambahbaikan rekaan.

Menurut sumber, Persona R akan menggunakan enjin terkini Proton iaitu Campro CFE 1.6liter VVT berkuasa 138hp dan 205Nm tork dipadankan dengan kotak gear automatik CVT. Rekaan asal ini pada pendapat admin sudah baik cuma perlu dikemaskan lagi supaya ianya nampak lebih solid dan bold. Proton perlu meletakkan wiper hujan ke dalam hood untuk mengurangkan rintangan angin dan nampak lebih kemas. Walaupun interiornya belum kita ketahui, pastikan rekaan menepati ciri ergonomik seperti kedudukan stereng yang tegak dan tinggi. Kedudukan kerusi lebih tinggi akan menambah keselesaan pemanduan. Rekaan side mirror juga nampak seperti boleh menempatkan motor untuk flip dan jika benar pasti Proton nampak lebih prestij. Rekaan rim juga hendaklah multispoke dengan kontur lurus untuk nampak lebih solid. Ni hanya pandangan admin sahaja. Terpulang kepada jurutera Proton untuk menentukannya.

You Might Also Like

2 Comments

  • At 2011.10.16 03:04, shahrul said:

    Kalau betul nk ada prsaingan global..adakan ‘sun roof’ sbg optional,paddle shift gear,6 speed,bluetooth,multimedia syst c/w gps (optional) selain ciri keselamatan standard spt ABS,EBD,Air bag dll.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • At 2011.10.16 05:33, admin said:

      Setuju dengan pendapat shahrul 🙂

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

      (Required)
      (Required, will not be published)
      *
      error: Content is protected !!