Proton

Proton Perkenal Ciri Keselamatan Baru Pada Model Baru

February 22, 2011

Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad, dijangka memperkenalkan ciri keselamatan baru pada model baru yang sedang dibangunkannya sekarang. Menurut sumber blog paultan.org, prototaip ujian Proton yang dilihat di kawasan bersalji tempohari adalah di Sweden di mana terletaknya makmal ujian Bosch, pembekal unit Electronic Stability Programme atau ESP. Melihat dari sumber gambar di atas, pada stickernya tertulis CVT ESP menunjukkan disamping prototaip ujian untuk powertrain baru, ianya juga digunakan untuk menguji fungsi ESP dan pastinya ESP mudah diuji dalam keadaan salji yang licin.

Ciri keselamatan berteknologi tinggi seperti ini adalah penting untuk enjin berkuasa tinggi seperti enjin Campro CFE turbocharged Proton yang mempunyai 205Nm tork seawal 2000rpm untuk membolehkan pemandu mempunyai lebih kawalan kepada enjin yang bersifat ‘liar’.
Seperti pengeluar kereta ternama yang lain, ciri keselamatan termaju sering menjadi keutamaan seperti inovasi sehingga 12 beg udara, VSA, VSC, ESP, TC, BA, ABS, EBD, HSA dan banyak lagi. Proton dilihat menuju ke arah yang sama dan ini amat-amat dialukan untuk menjadikan kereta keluarannya setaraf dengan pengeluar lain dari segi keselamatan atau menjadi benchmark kepada pengeluar lain untuk menjadi ciri keselamtan tambahan suatu kemestian.[Via HD2@HPAK]

You Might Also Like

1 Comment

  • At 2011.02.24 09:00, Jack Jackal said:

    Go go proton….!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    (Required)
    (Required, will not be published)
    *
    error: Content is protected !!