Toyota

Gambar Model Gantian Toyota Avanza

March 20, 2011

Model gantian Avanza? Tidak keterlaluan untuk dikatakan gambar yang sudah tersebar di internet ini berkemungkinan adalah pengganti model MPV kompak popular di negara kita iaitu Avanza. Menurut sumber blog wheelosphere, kemungkinan itu dikuatkan dengan informasi yang diberi oleh eksekutif Toyota bahawa MPV ini lebih kecil atau sub MPV kepada Toyota Innova.

Jika benar ini adalah model gantian Avanza, pasti menarik kerana rekaannya begitu cantik berbanding dengan Avanza sedia ada sekarang. Ia sedikit menyerupai model popular Prius dengan side profil bahagian suku belakang masih mengekalkan identiti Avanza. Pasti berbaloi untuk menunggu model ini dilancarkan nanti.

You Might Also Like

2 Comments

  • At 2011.03.20 03:33, car lover said:

    owh design sekarang pun agak smart…lg2 lau di mekapkn ckit…tp harap2 avanza replacement nih mempunya fuel consumption yang baik la…..uhuhu…sebab lau avanza 1.3 fuh…mmg kuat perbelanjaan petrol dia….pki 1.5 bru la rasa lega ckit…tp itu pun lau nk bandingkn perbelanjaan minyak bg avanza 1.5 dgn kereta sama CC 1.5 jauh bezanya… kemungkinan iya disebabkn gear ratio nyer…kerana avanza bukan la kereta utk di pandu laju…. uhuhuhu 😀

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • At 2011.03.20 05:53, admin said:

      admin pun bagi thumbs up kat Avanza baru ni. Cuma UMW jangan naikkan harga sudah la.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

      (Required)
      (Required, will not be published)
      *
      error: Content is protected !!