Proton

Gambar Spy Shots Terkini Proton Persona R

March 11, 2011

Proton Persona R! ia inilah gambar spy shots yang dinanti-nantikan oleh peminat kereta seluruh negara. Model yang bakal membawa perubahan dan impak kepada halatuju pengeluar kereta nasional kita iaitu Proton Holdings. Jika dilihat dari profil sisi memang ia amat menyerupai konsep Tuah atau Persona R yang dipamerkan di KLIMS tempohari.

Rekaan Persona R ini sudah menarik tinggal lagi sejauh mana kemampuan Proton untuk merialisasikannya. Jika kita lihat disini, side mirrornya adalah komponen bawa kehadapan atau carry over parts dari Persona dan Saga, berbeza dari model konsep yang mempunyai side mirror pasangan panel pintu. Secara peribadi, admin menyukai side mirror seperti konsep Tuah. Side mirror boleh lipat atau electric retractable side mirror juga boleh menambah ciri mewah dan upmarket pada Persona namun jika side mirror ini adalah final produk, nampak gaya kita kena tunggu lagi la untuk Proton keluarkan model yang mempunyai side mirror seperti itu.

Apa pun admin memang begitu teruja dengan Persona R ini diharap Proton akan dapat buat sehabis baik dengan mengambil kira pemanduan ergonomik dan mesra pengguna. Untuk enjin kita memang dah tahu ianya bakal menggunakan enjin 1.6liter Campro CFE turbocharged dengan VVT dipadankan dengan kotak gear CVT. Enjin ini adalah yang terakhir dalam keluarga Campro dan menurut sumber Proton sedang membangunkan enjin baru yang dipanggil family Y dengan sesaran 1.2, 1.6 dan 1.8liter. Admin juga berharap Proton menggunakan enjin Campro VVT untuk semua variannya dengan varian paling atas menggunakan enjin turbocharged.

You Might Also Like

9 Comments

  • At 2011.03.11 13:56, mat slamber said:

    fuyooo..mcm dh x lame nk kluar ni.ni br bulan 3 tp dh ade test jln raya.
    model ni 1.8/2.0 cc kn.1.6cc sedan dh xde ke utk model br?
    kereta ikut cc: 1.2cc=savvy, 1.3cc=saga fl, 1.6=exora(turbo kot), 1.6cfe=lekir(kereta sport akan datang), 1.8/2.0=persona R.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1

    • At 2011.03.11 14:33, admin said:

      Proton hanya ada enjin 1.6liter buat masa ini. Family enjin baru dipanggil generasi Y sedang dibangunkan. Persona R guna enjin 1.6liter Campro VVT Turbocharged.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

      • At 2011.03.11 16:58, mat slamber said:

        persona R bukan Tuah ke?proton Tuah pakai 1.8/2.0cc.bukan 1.6cc.

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

        • At 2011.03.12 07:45, admin said:

          Info setakat ini, Proton akan menggunakan Campro CFE 1.6l untuk Persona R.

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

          • At 2011.03.14 12:12, car lover said:

            proton persona replacement akan di keluarkn hujun tahun ini….

            Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

            • At 2011.03.14 12:58, admin said:

              menurut sumber, pelancaran rasmi pada awal tahun depan

              Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

              • At 2011.03.14 13:22, car lover said:

                lebih kurang mcm tuh lah…sbb menurut sumber yg saya ada dapat…dorang akan keluarkan persona replacement hjung tahun nih…..( sumber dari staff atasan proton )

                Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

                • At 2011.03.14 16:19, Azizul said:

                  Thanks for da info. Hopefully launch nanti sama dengan konsep tuah. Cun habis.

                  Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

                • At 2011.05.30 03:29, mr.F said:

                  **sumber dari syarikat yang buat mould untuk persona R**

                  engine capacity : 2.0
                  price : rm120k

                  body – Front : exactly macam tuah
                  Rear : slightly different from tuah..no LED

                  Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2

                  (Required)
                  (Required, will not be published)
                  *
                  error: Content is protected !!