SUV syarikat pengeluar automotif China iaitu Brilliance A3 amat menyerupai SUV BMW X series. Dikatakan BMW bekerjasama dengan Brilliance ataupun memang ianya hanya meniru model popular BMW itu. Rekaan terkini BMW memang menarik dan membuatkan sesiapa sahaja ingin memilikinya dan mungkin sebab itu mereka mengeluarkan kereta ini untuk SUV BMW versi murah,
Rekaan dalamannya juga menarik dan seperti ala-ala Audi. Kemasan kayu tiruan dan chrome yang kilat menambah lagi rasa mewah dan premium SUV ini. SUV ini bakal menggunakan enjin turbocharged 1.8liter untuk kelas tertinggi dipadankan dengan kotak gear 5 kelajuan automatik dan manual.
P/s: Bila SUV Proton nak keluar? Rasa-rasanya Lotus Engineering ada buat projek SUV dengan Youngman di China jadi boleh lah rebadge ke model Proton pula. Apa pun China sudahpun selangkah kehadapan jika dilihat dari rekabentuk dan kemasan dalaman SUV ini. Teruskan bacaan untuk galeri Brilliance A3 SUV dari China.