Lotus

Uji Pandu Proton/Lotus EMAS Di United Kingdom

March 25, 2011

Kereta konsep Proton EMAS telah diuji pandu oleh Autoexpress di UK baru-baru ini. Admin pun baru tahu yang kereta konsep pun sebenarnya boleh bergerak! Pihak Autoexpress telah menyatakan yang model EMAS ini adalah jawapan kepada Aston Martin Cygnet yang disalin dari model Toyota IQ.

Aston Martin, pembuat kereta berkuasa tinggi juga mempunyai kereta kecil iaitu Cygnet. Konsep ini mungkin yang akan ditiru oleh Lotus di mana walaupun ramai tahu mereka adalah pengeluar supercar, mereka juga mempunyai kereta kecil dengan enjin hibrid.
Autocar memberikan 4 daripada 5 bintang keseluruhan walaupun mereka menguji model konsep, ia seakan kereta sebenar kerana gulingan badan atau body roll yang kurang ketika mengambil selekoh.

Kereta konsep EMAS ini menggunakan teknologi Lotus dengan enjin bersesaran 1.2liter range extender yang mempunyai kecekapan bahan api pada 51km/liter. Ianya bakal dijual pada harga sekitar GBP30 ribu di UK. Sila teruskan bacaan untuk spesifikasi dan gambar model EMAS ini.


Engine: 1.2-litre in-line 3cyl
Transmission:
Single-speed, rear-wheel drive
Power: 100bhp electric motor
Torque: 240Nm
0-62mph: Sub-15 seconds
Top speed: 105mph
Econ/CO2: 150mpg (est)/60g/km
Equipment: Leather seats, touchscreen infotainment system, LED lights all-round
On sale: 2014

You Might Also Like

2 Comments

  • At 2011.03.27 02:04, azrul said:

    harap-harap proton mempercepatkan pengeluaran kereta ini di pasaran. mungkin kereta ini dapat bersaing dengan viva dalam segmentasi kereta kecil. Org kita ni suka pada kereta kecil.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • At 2011.03.28 12:59, Azizul said:

      Kereta ini menurut autoexpress lebih luas dari Mercedes A class. Memang bukan tandingan Viva.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

      (Required)
      (Required, will not be published)
      *
      error: Content is protected !!