Perodua, Proton

Proton Kian Hampiri Perodua

April 8, 2011

Proton Holdings Berhad kian menghampiri jualan satu lagi oengeluar kereta nasional iaitu Perodua. Menurut laporan star-motoring, pada suku pertama, Proton menjual 44,870 unit kereta berbanding Perodua yang menjual 45,000 unit kereta dalam tempoh yang sama. Ini dibantu oleh jualan model popular mereka iaitu Saga, Persona, Exora dan juga model salinan Mitsubishi Lancer iaitu Inspira. Proton jugya giat menjalankam promosi seperti diskaun dan program penukaran kereta lama kepada Gen 2, Savvy dan Waja.


Proton juga diunjurkan untuk mencapai jualan lebih baik apabila melancarkan enjin turbocharged mereka pada model Exora dalam suku kedua nanti disamping model kereta kompak global yang dijangka akan dihasilkan bersama syarikat Nissan.

Komen admin: Berita baik untuk Proton apabila sudah ketinggalan begitu jauh dengan Perodua sejak tahun 2006. Ini adalah kerana model yang ditawarkan mereka tidak menarik seperti Saga ‘kereta kebal’ dan Wira yang sudahpun ditelan zaman. Masalah kualiti juga menambah lagi masalah yang ada. Namun dibawah Dato’ Syed Zainal mereka menjadi lebih berdaya saing dengan model baru yang menepati citarasa pelanggan terutamanya Saga baru dan MPV Exora. Exora turbo yang akan menggunakan teknologi turbo, VVT dan CVT diharap dapat meletakkan Proton sebaris dengan pengeluar ternama lain.

You Might Also Like

1 Comment

  • At 2011.04.10 11:55, azrul said:

    harap2 proton dapat atasi p2 dalam masa terdekat ini. Sebenarnya proton merupakan satu2nya pembuat kereta nasional kita. Pengiktirafan kpd P2 adalah satu kesilapan oleh Dr M. Sekarang baru dia akui kesilapan itu. Sepatutnya P2 digabungkan dengan proton sejak dari awal lagi.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    (Required)
    (Required, will not be published)
    *
    error: Content is protected !!