Uncategorized

Kerajaan Akan Kuatkuasakan Undang-Undang Tarik Kereta

May 7, 2011

Menurut sumber star-motoring, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang dan garis panduan untuk penarik kereta di bawah Akta Jual Beli 1967 (pindaan 2010) bermula 1 Jun depan. Menurut garis panduan baru tersebut, pihak penarik kereta yang dilantik bank perlu mendapat permit yang sah yang dikeluarkan oleh Kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.

Juga di bawah pindaan tersebut, penarikan kereta yang sudah 75% di bayar dari keseluruhan pinjaman hendaklah memerlukan perintah mahkamah. Bagi mereka yang tidak mengikut garis panduan ini boleh didenda sehingga RM25000 atau tiga tahun penjara atau RM50000 dengan 5 tahun penjara. Pemohon permit juga akan dinilai oleh pihak polis dan mestilah individu berumur 21 tahun ke atas dan bersih dari rekod jenayah. Permit bernilai RM20 untuk tempoh 2 tahun.

Komen admin:
Satu langkah yang baik dari pihak kerajaan untuk mengatasi masalah yang timbul kes penarikbalikan kereta. Kebanyakan kes penarikan kereta berlaku tanpa pengetahuan tuan punya dan ada pula terjadi pergaduhan antara pemilik dan penarik kerana gaya ganas penarik kereta dan ketiadaan peluang pemilik untuk berhujah. Apa pun bagi admin, jika anda mempunyai komitmen pembayaran balik pinjaman kereta, pastikan anda membayarnya setiap bulan kerana ia sudah menjadi syarat dalam perjanjian jual beli. Jika anda ingkar, ia adalah dalam kuasa pihak bank untuk tindakan selanjutnya. Perlu diingat jika anda membayar lewat pun pihak bank sudah mengenakan denda mengikut jumlah kelewatan pembayaran anda.

You Might Also Like

3 Comments

  • At 2011.05.10 08:52, Pemilik Cash said:

    Beri masa pemilik (penyewa) berhujah amenda? Dah tak bayar hutang ansuran tertunggak, bank dah puas beri peringatan, dah kuar surat tarik…berhujah amenda lagi??

    Dah leh tak mampu pakai kereta, nak minta tolong kerajaan gubal undang2 konon gangster nak tarik…. eleh… hello?? kalau bayar cantik, tak pasal2 bank nak tarik la… bank lagi nak offer loan banyak2 sb pandai banyar hutang…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1

    • At 2011.05.11 11:15, admin said:

      Bank memang camtu. time nk bg pinjaman bukan main baik. Pembeli juga mungkin ada sebab tersendiri seperti hilang pekerjaan atau kematian. sekurangnya mereka boleh berhujah walaupun akhirnya kereta mereka akan ditarik jua.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • At 2011.06.06 09:36, xmen said:

      tul tul nak hujah menda lagi..takkan dah lupa sendiri bawak keta ..sendiri lupa…

      ialah kalau kena buang kerja ke…kematian ke…takkan le takleh bagitau bank… buat perbincangan mengenai masalah yang terjadi..
      ni tak buat tak tau…pastu salahkan bank plak..pastu kata bank tak telepon lah…tak abgitau awal2 lah…

      sorilah wei… takkan pakai kereta tu free beb..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1

      (Required)
      (Required, will not be published)
      *
      error: Content is protected !!