Proton, Spy Shots

Proton Exora Turbo Ditemui Di Machap

May 15, 2011

Proton Exora turbo dijumpai di RnR Machap oleh Bro Amir. Menurut beliau, pemandunya berbangsa India tidak mahu melayan pertanyaan beliau mengenai Exora turbo ini. Sungguh professional staff Proton bekerja. Beberapa bahagian yang digelapkan atau dilindungi tape adalah bahagian yang berubah dari segi luaran namun apa yang ditunggu-tunggu ialah enjinnya iaitu enjin Campro CFE 1.6liter turbocharged dan juga kotak gear CVT. Enjin turbocharged Proton menghasilkan kuasa 138hp dan 205Nm tork amat sesuai digunakan untuk Exora. Pelancarannya dijadualkan sebelum Hari Raya Puasa namun beberapa khabar angin menyatakan pelancarannya ditunda hingga bulan November depan.

You Might Also Like

1 Comment

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!