Ini ada satu spy shots PROTON Saga FL sedang dalam ujian. Sekali imbas ianya adalah seperti kereta dealer dengan no pendaftaran sementara namun setelah diamati, di tempat duduk belakang kelihatan seperti tong putih berisi air. Di cermin hadapannya juga terdapat pelekat yang mengesahkan kereta ini milik PROTON RnD dan bukannya dealer.
Di belakangnya juga terdapat pelekat V12-GD yang admin pun tak faham apa maksudnya namun tulisan H&T di tong berkemungkinan kereta ini milik jabatan Homologation & Testing. Tapi apakah testing yang dibuat mereka pada hari Sabtu? Adakah ujian untuk kotak gear CVT? Homologation adalah proses penyesuaian kenderaan dengan iklim dan peraturan pemilikan kenderaan disesuatu negara sebelum sesuatu model itu dijual oleh itu pasti ini bukan ujian homologation kerana Saga FL sudah pun berada di pasaran.
Dari interiornya pula terdapat tombol gear manual dan pasti ini bukan untuk ujian kotak gear CVT. Mungkin ia adalah ujian untuk enjin IAFM+ ataupun CPS untuk model Saga. Mungkin juga ujian untuk kotak gear manual baru dari ZF. Ujian dijalankan pada hari cuti jadi mungkin akan ada lagi spec upgrade untuk Saga FL selepas ini.
PROTON perlu lebih agresif selepas ini kerana Perodua dilihat mengeluarkan kereta dengan memenuhi kehendak pemandu tempatan seperti dengan design yang agresif serta menggunakan lampu projektor. Lampu projektor sebelum ini hanya didapati dari pengeluar OEM yang kebanyakannya dari Taiwan.
PROTON juga perlu meningkatkan styling luaran dan dalaman kereta mereka dengan bahagian luaran perlulah ada beberapa kawasan dengan insert chrome supaya nampak lebih mewah seperti pada door handle dan juga door protector. Untuk bahagian dalaman pula pastikan rekaan instrumen panel dua dek dengan tona warna berlainan dan ornamental panel, gated shift sebagai standard, stereng kulit, kerusi kulit, EPS dan side mirror electric retractable.