Uncategorized

Harga Kereta Tanpa Cukai Di Malaysia

September 20, 2011

Bagi mereka yang tidak tahu berapa cukai bagi sesebuah kereta di negara kita, ini ada satu sumber dari blog amenoworld yang menunjukkan potongan cukai untuk rakyat LUAR NEGARA di bawah program Malaysia My 2nd Home. Sebuah Honda Civic hanya berharga RM80K tanpa cukai dan cukai kerajaan sebanyak RM44,727.90 menyebabkan harga jualannya mencanak kepada RM124,800 tanpa insuran. Sebelum ini rakan admin ada membeli sebuah Civic dengan harga tanpa cukai di bawah program panggilan pulang pakar luar negara. Memang admin rasa inilah harga tanpa cukai kereta-kereta tersebut. Logik kah cukai sebanyak ini dikenakan pada rakyat Malaysia yang rata-rata mempunyai pendapatan yang rendah?

Seperti admin nyatakan sebelum ini, jika diberikan option harga minyak dengan harga kereta, pasti admin memilih harga minyak mahal dan kereta murah kerana jika minyak mahal kita boleh merancang perlajanan kita untuk mengurangkan penggunaan minyak manakala jika harga kereta mahal, kita terikat dengan bayaran semula pinjaman yang tinggi seterusnya mengurangkan duit tunai boleh guna. Ini juga boleh menyebabkan kadar hutang isi rumah meningkat akibat ketiadaan wang tunai. Apa pendapat anda?

You Might Also Like

5 Comments

  • At 2011.09.22 06:21, tokan said:

    Sejujurnya saya kurang bersetuju sekiranya harga minyak lebih mahal kerana boleh menyebabkan chain effect terhadap perkara-perkara lain seprti kos makanan yang mana lebih penting berbanding kereta.kita sendiri dapat lihat kenaikan harga bahan makanan berlaku semasa harga petrol mencecah rm2.70 yang mana membuat hampir kesemua orang mengeluh.tetapi hanya sebahagian mengeluh harga kereta terlalu mahal. harga makanan yang lebih mahal memberi kesan kepada hampir semua lapisan masyarakat. dan mungkin juga mendorong kepada kebuluran yang mana sangat menyedihkan jika berlaku. bagi saya apa yang penting adalah taraf hidup kita mestilah ditingkatkan namun saya lihat agak sukar disebabkan mentaliti kita.

    Apa yang dapat saya lihat, kebanyakan orang yang memiliki kereta import/mewah mempunyai taraf hidup yang agak tinggi yang mana ini menunjukkan kesan positif.ini mungkin disebabkan oleh keinginan memiliki kereta import /mewah mendorong mereka meningkatkan taraf hidup mereka.

    hanya pendapat saya.tq.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 4

    • At 2011.09.22 09:18, MoFaz said:

      Aku setuju. Kereta mahal hanya affect orang yang nak beli kereta tu. Kalau nak sangat kereta mewah, tanggung la sendiri. kalau minyak mahal, semua orang terkena. yang hanya mampu pakai viva / saga lagi la sengsara kalau minyak naik.

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 2

    • At 2011.09.23 16:35, admin said:

      Mofaz: harga minyak tidak akan selamanya murah dan jika dilihat kerajaan telah menaikkan harganya sejak akhir2 ini. Minyak adalah sumber terhad dan makin berkurangan. Jika barang kurang tetapi permintaan pula tinggi, maka harganya akan jadi mahal. Saya fikir kerajaan tak akan mampu lagi memberi subsidi. Jika satu masa nanti harga minyak akan sama dengan harga pasaran, jadi kita terpaksa berhadapan dengan harga minyak dan kereta yang mahal berbanding negara lain ( contohnya Thai ) yang mana harga minyak sahaja mahal tetapi harga kereta murah. Bagaimana Anda jika berada di situasi begitu nanti? Nak marahkan kerajaan? Ketika itu rakyat Thai masih mempunyai tunai boleh guna kerana bayaran bulanan kereta yang rendah manakala rakyat malaysia tidak mempunyai tunai kerana bayaran bulanan yang sangat tinggi dan terpaksa berhadapan dengan harga minyak yang mahal.

      Harga minyak yang mahal juga mendorong mempercepatkan pembangunan teknologi penjimatan minyak seperti kereta hibrid atau EV atas desakan harga yang mahal. Jika kita terus diberi subsidi, kita akan terus berasa selesa sedangkan harga minyak yang murah dinegara kita adalah sebenarnya ‘murah palsu’ disebabkan subsidi. Adakah kita rasa selesa? Bagaimana dengan anak2 kita nanti?

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 2

      • […] :¬†SEMBANG-AUTO […]

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

        • […] : Sembang-auto […]

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

          (Required)
          (Required, will not be published)
          *
          error: Content is protected !!