Hyundai

Model Gantian Elantra 2011 Ditemui Di Putrajaya

September 1, 2011

20110901-223326.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah lama admin tidak mengupdate blog ini kerana sibuk dengan ziarah hari raya. Baru-baru ini admin ada menerima satu gambar dari seorang pembaca iaitu gambar yang dipercayai model gantian Elantra atau Avante di Putrajaya tanpa selindung. Model ini dijangka dilancarkan di negara kita pada suku keempat tahun yang mana sudah hampir tiba.

20110901-224303.jpg

Model ini dikatakan bakal menjadi pesaing kepada Honda Civic dan Toyota Altis bakal menggunakan enjin 1.6l dan 1.8l dengan kotak gear 6 kelajuan automatik. Bentuknya yang menarik dikatakan mampu bersaing dengan 2 jaguh dari Jepun itu. Model ini juga lebih lebar dan asas rodanya sama dengan Civic menandakan ruang dalaman yang luas dan selesa.

20110901-224738.jpg

20110901-224810.jpg

Rekaan instrumen panel dan juga stereng amat menarik dan setaraf dengan model Hyundai yang lain seperti model Sonata. Admin harap harganya juga akan lebih murah berbanding model lain sekelasnya.

*UPDATE:
Kereta di atas adalah Hyundai Accent dan bukannya Elantra. Maaf atas kesilapan ini.Nampaknya pihak Hyundai Sime Darby akan melancarkan model Accent lebih awal dari Elantra. Rujuk:

http://www.drivearabia.com/news/2011/03/01/first-drive-hyundai-accent-2012-dubai-uae-fujairah-gcc/

You Might Also Like

4 Comments

  • At 2011.09.03 03:16, endy said:

    Saya rasa dari gambar yang diambil, model tu adalah model accent baru, bukan elantra. Cuba admin perhatikan saiznya adalah lebih pendek dan lampu depan nya juga berbeza dengan elantra.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • At 2011.09.03 04:43, admin said:

      Thanks bro. Sorry kerana salah info. Ianya adalah Hyundai Accent. Refer
      http://www.drivearabia.com/news/2011/03/01/first-drive-hyundai-accent-2012-dubai-uae-fujairah-gcc/

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

      • At 2011.10.09 11:11, Mahen said:

        bro, belum launch..mcm mana ada kat putrajaya pulak??!!

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

        • At 2011.10.09 11:54, admin said:

          Mungkin JPJ Putrajaya sedang mengujinya untuk proses ‘Homologation’.

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

          (Required)
          (Required, will not be published)
          *
          error: Content is protected !!