Proton

Proton Pamer Model Saga EV, Exora Hibrid dan Kereta Konsep Di Perarakan Merdeka

September 19, 2011

20110919-200433.jpg

Proton telah mempamerkan barisan model konsep dan mesra alamnya pada sambutan perarakan hari Merdeka tempohari. Gambar ini diambil oleh bro prodas melalui blog funtastickodesign. Model yang menarik perhatian adalah model Emas yang akan menggunakan platform Nissan dan sedang dalam pembinaan.

20110919-201221.jpg

Model Saga EV atau kereta elektrik sepenuhnya seperti model Nissan Leaf atau Mitsubishi IMiEV tidak menggunakan petrol. Pasti mengujakan model ini apatah lagi dengan harga bahan api yang semakin tinggi.

20110919-201558.jpg

Satu lagi model yang paling dekat untuk menemui pasaran ialah Exora Hibrid yang menggunakan sistem range extender. Paling menarik Exora ini telah memenangi perlumbaan kereta mesra alam kategori range extender di London lepas. Pastinya model ini amat ditunggu oleh peminat kereta hibrid.

20110919-204945.jpg

Sementara itu diantara model konsep yang ada, model Tuah atau Persona R P3-21A adalah yang paling menarik sekali. Baru-baru gambar yang dikatakan rupa sebenarnya telah tersebar di internet dan agak kurang menarik terutama bahagian hadapannya. Diharapkan model sebenarnya nanti lebih menarik dan menyerupai model konsepnya ini.

You Might Also Like

1 Comment

  • At 2011.10.27 03:29, shafiq said:

    tuah lg cantik drpd saga..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    (Required)
    (Required, will not be published)
    *
    error: Content is protected !!