News

Thailand Beri Diskaun 100K Baht Untuk Pembeli Kereta Kali Pertama, Terima Aduan Dari Proton, Hyundai dan TATA

October 20, 2011

Barulah rakyat didahulukan! Bukan retorik semata seperti di Malaysia. Itulah kenyataan di Thailand dimana kerajaannya memberi diskaun 100 ribu Bhat atau RM10000 untuk kereta CKD yang mempunyai sesaran 1.5l ke bawah. Ini bermakna model seperti Toyota Vios dan Honda City layak menerima diskaun dan umum sudah tahu harga kereta itu cuma RM50K di Thailand dan dengan diskaun itu, pembeli hanya membayar RM40 ribu sahaja!

Polisi rakyat didahulukan di Thailand ini mendapat kritikan dari Proton, Hyundai dan TATA yang mana mereka tidak mempunyai operasi CKD di negara itu. Proton yang popular dengan model Savvy dan Exora di sana bakal terjejas dengan dijangka ramai akan membeli kereta buatan Jepun seperti Vios atau City.

Polisi kerajaan Thailand memang amat mementingkan kebajikan rakyat. Jauh berbeza dengan Malaysia yang mana kerajaannya mengambil kesempatan ke atas rakyat mereka dengan mengenakan cukai yang tinggi pada benda keperluan asas seperti kereta, rumah dan jalanraya bertol.

Sumber: cbt.com.my

You Might Also Like

5 Comments

  • At 2011.10.21 02:38, fauzan said:

    Mmm… pakej menarik yg kerajaan thailand tawarkan. Tapi harus diingat semua nie adalah mainan politik dlm industri automobil di thailand sahaja. Dari situasi ini, mmg rakyatnya mendapat benefit. Bila company2 besar dah menjadikan hub pemasangan kereta mereka di thailand, negara itu telah menjadi detroit ASEAN. Kerajaan thailand dah bleh menggunakan pengaruh dan membuat pakatan dgn pelabur2 industri automobil yg invest di negara mereka. Mesejnya mudah; ” Kalau kereta jenama anda ingin dilihat murah di negara ini, kena lah invest n buka kilang pemasangan di sini”. So, negara2 ‘pengeluar’ kereta seperti m’sia, Korea yg tiada kilang pemasangan di sana kena bersaing dlm situasi sebegitu dan secara tidak langsung menyekat jualan produk mereka. Bagi thailand n pelabur seperti toyota, honda, mitsu, dan beberapa company eropah yg lain; win-win business.

    Berbalik ke negara kita; Hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Setiap negara ada polisi masing2 utk protect kepentingan sama gak seperti thailand tu. Sama ada kita nak jadi negara pemasang kereta atau sebuah negara yg kuasai teknologi pembuatan kereta. Ini lah pilihannya. Lagi pun industri automobil pembuatan kereta nie adalah sebahagian drp wacana menjadikan negara m’sia negara maju menjelang 2020. Negara maju, rakyat pun kena maju, tingkatkan produktiviti, berusaha tingkatkan ekonomi keluarga masing2 baru ar bleh membeli apa jua yg diingini even kereta import yg mahal harganya di sini:)

    my 2 cents.

    cheers!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1

    • At 2011.10.23 11:49, admin said:

      Saya setuju dengan bro fauzan. Cuma mungkin Thailand rasa cukai yang dikenakan untuk kereta CKD buatannya masuk ke Malaysia terlalu tinggi sebab itu derang ‘counterback’ agaknya. Saya harap kerajaan jangan mengutip cukai terlalu tinggi sampai terlalu membebankan rakyat secara umum. Lihat kereta hibrid, walaupun dengan pengecualian cukai eksais 100% dan 50% cukai jualan, kerajaan masih dapat untung juga.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

      • At 2011.10.24 02:35, fauzan said:

        Mmm… pasal cukai nie no komen ar admin. Benda nie dah mmg ada dan sedia tinggi sebelum kewujudan proton lagi dgn alasan ketika itu bagi mengimbangi kos n mengurangkan import petrol kereta berskala besar. Tapi rakyat masih nk salahkan pengeluar nasional sebagai penyebab cukai tinggi tu…

        Apa2 pun seperti saya cakap sebelum nie, setiap negara ada cara mereka sendiri utk protect aset industri mereka; contohnya di US kerajaannya bailout 74 billion dollar utk menyelamatkan General Motors company kereta diorg daripada bankrup. Rusia, Turki dan India juga gunakan import tariff utk lindungi industri tempatannya. China dan korea selatan pun gunakan polici dan subsidinya utk protect industri kereta tempatannya.

        Saya lihat mmg kerajaan nak kita beli kereta2 tempatan agar industri nie terus dapat menjana pertumbuhan industri2 hilirannya dan sektor nie akan terus berkembangn dan akhirnya dari sebuah negara membangun, m’sia akan menjadi sebuah negara industri. Cumanya kepada mereka yg sukakan kereta2 import, itulah harga yg perlu dibayar n kena kerja rajin2 dan tingkatkan ekonomi masing2 supaya apa jua impian yg diingini diperolehi.

        My 2 cents.

        cheers!

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

        • At 2011.10.24 03:17, admin said:

          Pasal cukai kalau no komen xpe.. Tp saya nak komen kenapa cukai mahal sangat? Kereta Proton pun cukai dia mahal. Contoh Accord punyer cukai eksais sudah rm40k belum lagi masuk sales tax. Tahun depan tambah lagi GST. Ape salah kerajaan turunkan jadi rm20k. Yang selebihnya beri kepada pengeluar untuk laksanakan gaji minimum. Amacam good idea? Skrg ni sektor automotif taraf operator keje sampai spender basah baru dapat basic RM610 sebulan. Naza cuma bagi RM450 sebulan. Bro rasa boleh ke depa survive? High tax no return. Protect is one thing kebajikan admin rasa lebih penting.

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

          • At 2011.10.24 15:40, zamnap said:

            Pada saya ini adalah salah satu contoh sesebuah kerajaan untuk membantu rakyat….
            Nampak jelas dan bole dinikmati oleh semua orang….
            Walaupun nampak macam bias kepada pengeluar kereta tertentu tapi jelas meringankan sedikit beban rakyat yang memang memerlukan kereta sebagai keperluan hidup…

            Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

            (Required)
            (Required, will not be published)
            *
            error: Content is protected !!