Proton

Brochure Proton Saga 1.6 FLX SE CVT

November 19, 2011

20111119-125310.jpg

Proton Saga SE akan menggunakan enjin 1.6liter dan kotak gear CVT. Bodykit juga dengan rekaan baru namun tidak dicat dengan warna body. Rimnya juga jenis multispoke halus. Lampu belakangnya menggunakan cover jenis clear sama seperti Myvi SE lama. Kerusinya menggunakan balutan kulit berwarna hitam. Menurut sumber, pelancarannya adalah pada 26hb 11 ini dan berkemungkinan akan dilancarkan bersama Exora Bold turbocharged. Menurut sumber dalaman, harganya sekitar RM49,000.

Komen admin: Pada harga RM49,000, ini memang kereta yang amat berbaloi untuk dimiliki dengan ruang yang luas dan rekaan yang menarik. Enjin 1.6 IAFM+ dan kotak gear CVT memastikan perjalanan yang penuh kuasa dan lancar. Dengan CVT juga dapat memperbaiki kadar penggunaan petrol. Sama-sama kita tunggu pelancarannya!

Sumber: funtastickodesign

You Might Also Like

1 Comment

  • At 2011.11.21 00:51, Sham IT said:

    Tahniah Proton !!! tak sabar nak tengok live !!

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 1

    (Required)
    (Required, will not be published)
    *
    error: Content is protected !!