Proton, Spy Shots

Gambar Sebenar Proton P3-21A!!

November 14, 2011

Akhirnya model global Proton P3-21A telah menunjukkan rupa sebenarnya. Benarlah spy shots head lampnya sebelum ini kerana memang serupa dengan model sebenar. Side mirrornya nampak seperti ‘carry over’ Persona dan Saga dan jika begitu model ini mungkin tidak mempunyai elektric folding mirror seperti Myvi kerana perumah atau housing mirror yang nipis. Apa pun kita telah mendapat gambaran sebenar akan rupabentuk kereta ini dan pastinya boleh bercongak bajet untuk membelinya.

Sumber

You Might Also Like

11 Comments

  • At 2011.11.15 05:36, rockapolla said:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 10

    • At 2011.11.15 05:55, admin said:

      Kita tengok dulu rupa keseluruhan dia baru judge. Tapi dengan teknologi yang bakal ditawarkan not bad lah. Dengar citer model ni akan guna enjin turbocharged dengan fungsi VVT dan kotak gear CVT 7 kelajuan.

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

      • At 2011.11.15 08:55, fauzan said:

        Mmm… yup. Setuju. tunggu ar masa launching nanti baru ar judge dgn bijaksana. Lagi pun dgr2. model p3-21A berwarna kuning nie berada di dlm kargo utk dihantar ke spain, Idiada utk buat crash test. Proton menetapkan 4 star rating utk model nie.

        Cheers!

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

        • At 2011.11.15 12:09, Admin said:

          VW pun design skrg lebih kurang je dengan model ini. Design straight forward tetapi solid.

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

          • At 2011.11.15 12:54, pengomen said:

            nama pon ruang comments..memang komen je la tau.hahah

            Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1

            • At 2011.11.15 13:06, Admin said:

              Admin harap Proton boleh improve dari segi seating position, kedudukan dashboard yang lebih tinggi, engin yang lebih responsif (turbocharged sepatutnya ok), NVH, better calibration engine dengan kotak gear, seat yang lebih selesa dan plastik part nye ketahanan. Interior design juga kena up to date sikit contoh penggunaan gated shift, center console dengan ornamental panel. Part fitting macam air cond vent perlu lebih kukuh dan x nampak murah. Bab kosmetik juga perlu ditingkatkan dengan rim besar dengan multispoke bersama aksesori yang up to date. Jika ada lagi boleh anda listkan lagi. Setakat ni dari admin.

              Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0

              • At 2011.11.16 00:52, jusoh said:

                Hidden due to low comment rating. Click here to see.

                Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 4

              • At 2011.11.16 06:47, Abu Amir said:

                Rekabentuk lampu depan lebih kurang dgn honda city sekarang. Harap proton ubah kpd bentuk proton tuah lebih cantik. Harap2 kualiti dan servis lepas jualan teru dipertingkatkan ketaraf global juga.Semoga kereta yg sebenarnya lebih cantik dan berkualiti.

                Janganlah jadikan rakyat mesia bahan ujian makmal.

                Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

                • At 2011.11.16 12:51, Admin said:

                  Bagi admin, bermula era Saga baru dan Exora, Proton telah pun meningkatkan mutu produk mereka dengan ujian atau testing yang lebih menyeluruh. Rekaannya juga amat praktikal walaupun interiornya boleh dikatakan ketinggalan zaman. Jadi admin rasa model kali ni pasti berbeza lebih-lebih lagi dengan enjin turbo vvt yang mirip2 pengeluar eropah dan kotak gear cvt yang sememangnya smooth. Cuma proton kena pastikan produk baru betul2 fit untuk dilancarkan. Marketing juga kena berubah dengan tidak mengeluarkan ‘varian separuh masak’ seperti sebelum ini iaitu dengan menawarkan semua trim option untuk sesebuah model. Semoga berjaya!

                  Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

                • At 2011.11.17 08:52, abc said:

                  diberitahu oleh seorang rakan di proton bahawa kereta gantian persona ini akan keluar dlm enjin campro cfe 1.6 & 1.8 , enjin turbocharge hanya diguna untuk ixora. berkemungkinan dilancarkan antara bulan april hingga jun 2012..

                  Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

                  • At 2011.11.17 10:32, Admin said:

                    Setahu admin tiada enjin campro 1.8l. Yang ade hanye 1.6l sahaja. Enjin 1.8l hanya akan dikeluarkan pada tahun 2014 dibawah projek phoenix.

                    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

                  (Required)
                  (Required, will not be published)
                  *
                  error: Content is protected !!