Proton

Proton MD: P3-21A Bukan Pengganti Persona

November 5, 2011

20111105-220632.jpg

Pasti! Itulah kesimpulan yang boleh dikatakan apabila MD Proton membuat kenyataan bahawa model yang dikatakan bakal menggantikan Persona adalah bukan sebenarnya. Model yang menggunakan kod nama P3-21A itu adalah satu model yang baru dan bercirikan global dan bukan pengganti Persona.

20111105-221015.jpg

Perkara itu disahkan oleh MD Proton iaitu Dato Syed Zainal dan dilaporkan oleh Bernama. Syed Zainal berkata model itu akan menggunakan enjin Campro turbo juga akan dilengkapi ciri-ciri yang menepati pasaran antarabangsa. Selain itu model itu juga bakal dipasarkan di China atas jenama Hawtai bersama model Exora setelah MoU ditandatangani baru-baru ini.

20111105-221649.jpg

Komen admin: Proton sepatutnya mengekalkan nama Persona kerana pengekalan sesuatu nama itu bagus untuk pengekalan pelanggan yang setia. Seperti pengeluar ternama Toyota dan sebagainya, mereka masih mengekalkan nama model mereka sehingga beberapa generasi. Atau kemungkinan Proton mahu melenyapkan sedikit demi sedikit model lamanya dan membuka lembaran baru bermula dari Saga dan Exora.

You Might Also Like

3 Comments

  • At 2011.11.06 10:44, fauzan said:

    Mmm… Kepastian telah dipastikan:) Sebenarnya mmg sukar ye bagi seorang pengarah urusan utk membuat keputusan dan memastikan keputusan yg dibuat adalah tepat dan kena pada masa dan situasinya:) Bagi saya, pada awalnya p321A adalah dihasilkan sebagai pengganti persona. Kalau dirujuk tempoh hayat persona sudah hampir 5 tahun (start 2007 dan sepatutnya digantikan menjelang 2013). Tapi memandangkan visi model terbaru ini adalah global, maka ada berlaku krisis identiti dan krisis pasaran nanti.

    Model baru ni dijangka memenuhi spek n kualiti sebuah kereta global. Dan harganya akan pasti lebih tinggi sikit drp persona. Sedangkan model persona Elegence masih mendapat tempat dlm pasaran. Even rekabentuknya masih menawan dan masih lagi trendy. Kalau model ini menjadi model replacement persona, bermakna model persona EL akan dihentikan produksinya. Maka kesannya proton akan kehilangan pembeli sasaran pada average harga model persona di M’sia. So, adalah lebih baik model baru nie diletakkan dlm segment yg baru bagi melaraskan kembali segment dan produk proton; Saga (B segment), Persona B-C segment), P321A (Full C segment, Global car), Inspira (C-D segment), Perdana R (D segment),Exora (mid-MPV) dll.

    Mgkin la persona akan ada generasi seterusnya. Mgkin akan menggunakan platform p321A nie sapa tau, lebih jimat:) Design language p321A nie bagi saya mmg ada iras persona cuma diberi wajah baru. Apa yg lebih penting platform model baru nie akan menjadi model sedan yg baru… mgkin persona (2007-2013, how about 2014?):)

    my 2 cents.

    cheers!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • At 2011.11.06 12:49, admin said:

      Kalau ikut trend automaker lain 5 tahun dah keluar model baru. Bagi admin Proton kena replace Persona rather teruskan jualannya seperti Waja. Waja masih relevan kerana ruang belakang yang lebih besar dan sesuai dijadikan teksi tapi untuk Persona belakangnya agak sempit. Designnya so so tapi kalau bootlid dia lebih ‘slope’ ke belakang mungkin lebih cantik. Apapun terpulang pada pengurusan Proton dalam menentukan halatuju syarikat.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

      • At 2011.11.07 01:39, fauzan said:

        Mmm… setuju. proton pun ada bgitau setiap 5 tahun ganti dgn yg baru. Tapi saya masih percaya model yg dipertingkatkan persona masih lagi releven dari segi rekabentuk dan masih trendy. Jualan bulanannya masih memcecah 3 ribu unit. Dan jumlahnya akan pasti berkurangan mendadak bila p321A diistiharkan sebagai pengganti persona. Pengguna beralih arah dan yg mampu pun tak ramai bila harganya akan mahal sikit.

        Proton Waja sedar tak sedar dah 10 tahun dlm pasaran. Model yg masih relevan dari segi rekabentuknya. Proton mgkin dah banyak belajar dari sejarah silamnya. Masa zaman kejatuhannya, apa yg berlaku? Kereta pertama buatan proton sendiri adalah waja, sebuah model dari segment C-D dgn harga di atas kemampuan kereta rakyat. Sepatutnya kereta pertama buatan proton adalah dari model kereta rakyat (B Segment) dgn harga majoriti mampu milik, Kesinambungan dari model saga dari platform mitsu. Disebabkan faktor ini gak meynumbang kepada pembeli membeli kereta rakyat yg lebih murah dan lebih kompact (perodua)disamping isu kualiti proton. Persona dah ada design languagenya tersendiri. biar terus kan berkembang dgn generasi seterusnya, mgkin dgn platform p321A nanti. P321A biar tampil bergaya dgn title global car. jika mampu beli u deserve it dgn ciri2 globalnya:)

        my 2 cents.

        cheers!

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

      (Required)
      (Required, will not be published)
      *
      error: Content is protected !!