Lotus, Proton

Proton Mungkin Dipaksa Jual Lotus

January 3, 2012

20120103-225927.jpg

Proton dilaporkan mungkin terpaksa untuk menjual anak syarikat mereka yang tidak pernah mendapat untung iaitu Lotus Car Plc. Menurut sumber, saham Proton telah meningkat sehingga 44peratus ketika ini kerana beberapa khabar angin yang Lotus bakal dijual kepada pengeluar kereta dari China iaitu SAIC atau Genii Capital. Walaubagaimanapun sumber Proton telah menafikannya dan menurut CEO Lotus, encik Danny Bahar, Lotus akan menikmati keuntungan bermula tahun 2014.

Komen admin: Lotus ketika ini digunakan oleh Proton untuk membantu merekabentuk kereta dan enjin mereka dan menala kawalan atau handling kereta Proton. Bagi admin ia tidaklah merugikan Proton cuma kos yang ditanggung oleh Proton teramatlah besar. Khidmat kejuruteraan kini boleh didapati seperti dari Italdesign, Magna, EDAG atau LG CNS tanpa perlu menanggung overhead cost yang besar seperti Proton sekarang. Mungkin ada baiknya mereka melepaskan Lotus dan mungkin tidak.

You Might Also Like

2 Comments

  • At 2012.01.04 06:07, fauzan said:

    Mmm… lotus adalah aset teknologi berharga yg proton miliki. Org di luar mmg jealous, bagaimana company kereta kecil dari negara membangun seperti m’sia bleh memiliki jenama lagenda yg begitu prestige di dlm industri automobil ini. Jgn mudah terperdaya dgn isu nie, bila ada usaha utk menggagalkan plan 5 tahun pemulihan lotus yg sedang meniti tahun kedua ini dgn penampilan pertama model elise 2013 sebelum 4 model2 baru diperkenalkan tahun2 seterusnya:)

    Proton mmg menyedari implikasi sejak dulu lagi apabila membeli syarikat bankrup (lotus) dari bugati itu pada 1995 dulu. Mmg mudah isu ini dimainkan semudah menangguk di air yg keruh:)

    cheers!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • At 2012.01.05 13:54, admin said:

      Kita berharap ianya berjaya untuk kepentingan rakyat Malaysia

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    (Required)
    (Required, will not be published)
    *
    error: Content is protected !!