Tips Kereta

Tips Bagaimana Membuat Tuntutan Insurance

September 13, 2015

  
Sekiranya anda terlibat di dalam kemalangan kenderaan dan mempunyai perlindungan komprehensif, anda boleh sama ada membuat tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga. Kedua-dua tuntutan melibatkan prosedur berbeza. Hubungi syarikat insurans anda dengan kadar segera dan mengambil tindakan sebagaimana dinasihatkan syarikat insurans. Anda mungkin diminta hantarkan kenderaan anda ke bengkel yang diluluskan syarikat insurans. Pastikan anda menghantar semua dokumen berkenaan untuk menyokong tuntutan anda kepada syarikat insurans secepat mungkin.
Apabila anda terlibat dalam kemalangan, anda boleh sama ada membuat tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga:  
     

Tuntutan kerosakan sendiri  

Merujuk kepada membuat tuntutan terhadap polisi insurans anda sendiri. Walau bagaimanapun, anda akan kehilangan kelayakan NCD. 

 

LANGKAH PERTAMA

Semasa memberitahu syarikat insurans anda tentang sesuatu kemalangan, bertanyalah tentang bengkel mana yang anda perlu menghantar kenderaan anda untuk diperbaiki.  

 

LANGKAH KEDUA

Kemukakan Borang Laporan Kemalangan Motor yang telah lengkap bersama-sama dengan dokumen sokongan secepat mungkin kepada syarikat insurans anda.

LANGKAH KETIGA 
Bengkel akan memulakan kerja-kerja membaiki kenderaan apabila diluluskan oleh syarikat insurans anda.  

 

LANGKAH KE EMPAT 

Setelah selesai kerja-kerja membaiki, anda akan diberitahu oleh bengkel supaya datang mengambil kenderaan anda.  

     

Tuntutan pihak ketiga  

Anda boleh membuat tuntutan Pihak Ketiga sekiranya anda bukan pihak yang bersalah ke atas kemalangan tersebut dan anda dapat mengekalkan kelayakan NCD anda.

     

LANGKAH PERTAMA 

Anda boleh membuat tuntutan Pihak Ketiga sekiranya anda bukan pihak yang bersalah ke atas kemalangan tersebut dan anda dapat mengekalkan kelayakan NCD anda.  

 

Pilihan Pertama 

Tuntutan terhadap syarikat insurans pihak yang bersalah atau,  

 

Pilihan Kedua

Sekiranya anda mempunyai polisi Komprehensif, tuntutan terhadap syarikat insurans anda. Anda digalakkan mengemukakan tuntutan anda kepada syarikat insurans anda sendiri untuk mempercepatkan pemprosesan tuntutan.  
LANGKAH KEDUA

Sebagai pihak ketiga yang membuat tuntutan, anda dikehendaki mengurangkan kerugian iaitu anda hendaklah berusaha meminimumkan kerugian anda.  
LANGKAH KETIGA

Melantik pelaras kerugian berlesen untuk menilai kerugian anda. Bengkel atau syarikat insurans pihak ketiga boleh menasihati anda berhubung dengan perkara ini.  

 

LANGKAH KEEMPAT 

Kemukakan laporan pelaras kerugian dan Borang Laporan Kemalangan Motor bersama-sama dengan semua dokumen sokongan secepat mungkin.  

 

LANGKAH KELIMA

Anda layak menuntut daripada syarikat insurans pihak ketiga bagi `pampasan bagi masa pembaikan sebenar’ (PMPD) dan ganti rugi untuk ekses. Bagi pampasan untuk masa pembaikan sebenar ke atas kenderaan anda yang sedang dibaiki, ini adalah berdasarkan kepada jumlah hari untuk membaiki kereta anda seperti yang ditentukan oleh pelaras kerugian. Syarikat insurans, mengikut budi bicaranya boleh memberikan tambahan tempoh selama tujuh hari bekerja bagi sebarang kelewatan yang tidak dapat dielakkan. Skala standard bagi PMPD harian telah ditetapkan oleh PIAM seperti berikut:-   

Kenderaan Kegunaan Sendirian jumlah pampasan untuk ‘masa pembaikan sebenar’ / hari
Sehingga 1500cc : RM 30 

Melebihi 1500cc – 2000cc: RM 40

Melebihi 2000cc : RM 50
Kenderaan Komersil  

Sehingga 1 ton : RM 40

Melebihi 1 ton – 2 ton : RM 60

Melebihi 2 tons : RM 90

Lori (treler) : RM 120

Bas (persendirian) : RM 90

Lain-lain bas (ekspres/berhenti-henti) : RM 180

Teksi/Kereta sewa dan pandu : RM 40 
 Motorsikal  

Sehingga 250cc : RM 10

Melebihi 250cc : RM 15    

Sebagai alternatif, anda boleh membuat tuntutan kos menyewa kenderaan gantian yang sama jenis dan kapasiti untuk tempoh bilangan hari yang ditentukan bagi masa pembaikan sebenar yang dibuktikan dengan resit daripada syarikat kereta sewa berlesen.  

     

Tuntutan Kecurian  

Jika kenderaan anda dicuri, ikuti prosedur berikut:       

LANGKAH PERTAMA 

Kemukakan laporan terperinci mengenai kenderaan yang dicuri, termasuklah laporan polis.  

LANGKAH KEDUA 

Selepas mengemukakan borang tuntutan, anda mesti bekerjasama sepenuhnya dengan syarikat insurans anda atau wakilnya semasa penyiasatan tuntutan kecurian tersebut.   

Memandangkan polis dan syarikat insurans anda memerlukan masa untuk menyiasat tuntutan anda, anda akan menerima tawaran pembayaran daripada syarikat insurans anda dalam tempoh enam bulan dari tempoh kecurian tersebut dimaklumkan atau selepas selesainya siasatan polis, mengikut mana yang lebih awal. Like dan share jika artikel ini bermanfaat kepada anda.

Sumber: Etiqainsurance

You Might Also Like

No Comments

error: Content is protected !!