Mitsubishi

SUV Kompak Terbaru Mitsubishi Eclipse Akan Dilancarkan Di Pameran Motor Antarabangsa Geneva

February 28, 2017

img_003
Peminat SUV kompak tidak lama lagi akan mempunyai lebih pilihan untuk membeli dengan pengumuman oleh syarikat Mitsubishi Motors yang akan melancarkan model SUV kompak terbaru mereka iaitu model Eclipse Cross. Nama Eclipse sebenarnya diambil dari model kereta sport Mitsubishi yang sudah tidak disambung pengeluarannya.

img_013

img_004
Konsep rekaan kali menggunakan sudut yang tajam, dengan bahagian hadapan mendapat rekaan model abangnya yang lebih besar iaitu model Outlander dengan kemasan chrome pada bumper. Rekaan side profile yang moden dipadankan dengan rekaan rim dengan kemasan kilat. Juga terdapat tambahan trim berwarna hitam pada kawasan over fender dan wheel arch belakang.
img_016
Bahagian belakangnya pula agak kelihatan kompleks, dengan lampu belakang melintang membahagi cermin pada bahagian tailgate. Terdapat juga kemasan dwi tona, dengan warna silver bercampur hitam pada kawasan diffuser bumper belakang untuk menampakkan lebih ciri-ciri moden.

img_021
Bahagian interior kini nampak lebih moden berbanding dengan Outlander. Terdapat skrin sesentuh pada bahagian tengah di atas penyaman udara. Juga stereng dengan fungsi pelbagai. Meter dengan lampu biru lebih mesra pengguna. Secara keseluruhan rekaan panel instrumennya praktikal dan moden.

Model ini ditawarkan dengan 2 pilihan enjin iaitu 1.5 turbo dengan kotak gear CVT 8 kelajuan dan untuk pemanduan yang lebih agresif, varian 2.2 liter diesel dipadankan dengan kotak gear  automatik 8 kelajuan juga ditawarkan. Bakal pembeli di Malaysia mungkin perlu menunggu sehingga hujung tahun sebelum model ini dilancarkan. Ini kerana model ini akan dipasarkan di Jepun dan Amerika terlebih dahulu selepas pelancaran. Model ini bakal memberi saingan kepada SUV kompak popular Honda iaitu HR-V.

 

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!