Mitsubishi, New Model

Adakah Ini Model Terbaru Mitsubishi Lancer?

March 23, 2017

Beberapa gambar yang tersebar di internet mengesahkan generasi terbaru Mitsubishi Lancer bakal dilancarkan tidak lama lagi. Sebelum ini kita melihat gambar spy shotnya di China. Dengan gambar terbaru ini, Lancer juga menggunakan bahasa gaya rekaan terbaru Mitsubishi dengan konsep tajam dan kemasan chrome berat di bahagian hadapan. Kemasan chrome bermula dari gril, bawah lampu hingga ke fog lamp. Lampu utama adalah dari jenis projektor. Rim nye menggunakan kemasan polished metal. 

Rekaan instrument panel atau dashboardnya kelihatan seperti model sekarang. Tombol penukaran gear dengan rekaan lebih moden dengan kemasan chrome. Juga terdapar paddle shifter pada stereng. Belum ada desas desus yang varian Lancer Evolution akan diperkenalkan atau tidak dengan model ini kerana Mitsubishi telah mengumumkan model Lancer Evolution tidak lagi diteruskan baru-baru ini.

>>Jana pendapatan tanpa had secara halal dengan konsep E.A.S.Y! Klik [sini] untuk maklumat lanjut<<

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!