Proton, Spy Shots

Adakah Proton Persona Uji Enjin Turbo Baharu Dengan Volkswagen Polo?

March 24, 2017

Proton Persona dengan nombor pendaftaran perniagaan sementara Selangor ditemukan di stesen Shell RnR Gurun. Apa yang menarik, pemandu Persona itu berkomunikasi dengan pemandu sebuah Volkswagen Polo GTi di belakangnya. Sebenarnya mereka memang satu pasukan dari Proton dan mereka sedang membuat satu ujian yang tidak diketahui.

Berkemungkinan Proton sedang melakukan ujian penanda aras enjin baharu mereka atau sesuatu naik taraf pada sistem enjin sedia ada. Volkswagen Polo GTi dikuasakan dengan enjin 1.4L Tsi dengan tork maksimum 250Nm. Adakah Proton sedang menguji enjin turbo terbaru mereka yang dikatakan sedang dibangunkan di UK?
Apa yang dapat dikatakan, Persona tersebut sama laju dengan Polo GTi tersebut menandakan sesuatu yang baru di bawah hood nya. Mungkin Proton akan memperkenalkan kepada pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Apa pun kita harapkan Proton akan dapat meningkatkan lagi keupayaan barisan model mereka, juga seiring dengan kualiti komponen mereka agar terus berdaya saing di pasaran yang semakin sengit. 

>>Inginkan kerjaya dengan pendapatan tanpa had yang halal? Lakukan dengan konsep E.A.S.Y! Klik [sini] untuk maklumat lanjut<<

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!