Geely, Proton, Spy Shots

SUV Geely Boyue Dijumpai Sedang Diuji Oleh Proton

January 9, 2018


Setelah memeterai pengambilan sebahagian peganngan dalam Proton oleh syarikat Geely, Proton kini sedang giat membangunkan model SUV pertama mereka yang akan disalin atau rebadge dari model Geely Boyue.Ini disahkan lagi dengan penemuan beberapa unit model Boyue dengan pemanduan sebelah kiri yang sedang diuji oleh Proton. Walaupun menggunakan pelekat penyamaran namun jelas kelihatan rekabentuk Boyue.


Bukan satu tapi empat unit. Gambar ini dipercayai di ambil seperti di sebuah pusat servis Proton mungkin pasukan R&D ingin menukar minyak enjin setelah ujian perbatuan yang tinggi. Geely Boyue adalah antara model terlaris Geely yang terus mencatat rekod jualan melebihi 1.2juta unit pada 2017, pertambahan 63% berbanding tahun lepas.

Geely mempunyai kemampuan dan teknologi dan mereka juga telah terbukti mengembalikan keuntungan kepada syarikat Volvo, yang satu ketika dilanda masalah sebelum diambil alih oleh mereka. Kita harap mereka juga boleh melakukan sebegitu untuk jenama Proton.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!