Archives

Mitsubishi

Mitsubishi Buat Kemunculan Dunia MPV Generasi Baru Di Pameran Motor Antarabangsa Indonesia

July 24, 2017

Mitsubishi motor bakal membuat kemunculan dunia model MPV generasi baru mereka di GAIKINDO Indonesia International Auto Show (GIIAS) yang akan diadakan pada bula Ogos 2017. MPV yang dikatakan dinamakan Expander ini dikuasakan dengan enjin 1.5liter dan mempunyai saiz yang sedikit besar dari pesaing lain. Bahagian hadapannya nampak sangat moden dan futuristik. Ianya nampak seiring dengan konsep rekaan terkini Mitsubishi yang menerapkan aspek bucu tajam.


Bahagian sisi mempunyai garisan karektor yang jelas bersambung dengan rear combination lamp yang bersambung dari c pillar quarter panel ke bahagian backdoor. Nampak ada iras-iras model Honda Jazz pula.


Bahagian papan pemuka nampak kemas dan praktikal seperti lain-lain model Mitsubishi. Susunan tombol kawalan aircond juga kemas. Untuk info lanjut mengenai model MPV terbaru ini, sila ke lama web berikut:

http://www.mitsubishi-motors.com/en/newsrelease/2017/detail1067.html?intcid3=FBen_20170724_na

Geely, Proton

Majlis Pelancaran Kerjasama SUV Pertama Proton (Geely Boyue) Dirasmikan PM

June 23, 2017

Admin baru dapat info Majlis Menandatangani Perjanjian Pengeluaran Bersama SUV antara Proton dan Geely sedang berlangsung sekarang yang dihadiri oleh Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak. SUV Proton ini akan menyalin model Geely Boyue, model SUV popular d negara China.

Satu lagi sejarah buat Proton yang kini dalam proses pemulihan disebabkan kawalan pasaran yang semakin jatuh. Dengan adanya model baru yang lebih fresh pembeli mempunyai lebih banyak pilhan untuk melihat semula jenama Proton. 

Toyota

Toyota Aqua ( Prius C ) Facelift Dilancarkan Di Jepun

June 20, 2017

Model facelift Toyota Aqua atau dikenali sebagai Prius C di negara kita telah dilancarkan di Jepun. Kereta hibrid ini adalah antara bestseller di negara matahari terbit itu. Model facelift ini adalah sebahagian dari perancangan untuk Model Lifecycle Management (MLM) dari Toyota. Apakah perbezaan model facelift ini berbanding yang lama? 

Bahagian hadapannya menerima perubahan pada lampu headlamp dan bumper baharu. Ruang kemas kemasukan udara direka lebih besar, menampakkan imej yang lebih lebar. Lampunya pula dari jenis projektor. 
Lampu belakang juga menerima perubahan background dengan bentuk lampu panduan sedikit lebih bulat. Bumper nya juga kini terdapat reflecktor dengan skema warna dwitona di bahagian bumper lower.
Bahagian instrument panel atau dashboardnya juga menerima sedikit refreshment. Roda stereng nye direka semula agar nampak lebih modern. Secara keseluruhan model facelift ini tidak memberi impak yang tinggi namun dijangka akan terus menguasai pasaran domestik Jepun.

Proton, Spy Shots

Adakah Ini Proton Iriz Special Edition (SE)?

May 12, 2017

Adakah ini gambar Proton Iriz edisi istimewa atau special edition? Gambar yang viral di media sosial ini menunjulkkan Iriz dengN lambang Proton pada gril hadapan yang baru. Warna silver pada hood garnish berwarna hitam. Lampu hadapannya masih sama dengan Iriz sekarang. Juga boleh dilihat side mirrornya juga berwarna hitam begitu juga dengan panel bumbung. Rimnya masih sama dengan model Iriz 1.6. 

Bahagian belakang tidak berubah kecuali backdoor spoiler yang juga diwarnakan hitam. Apakah tujuan sebenar model ini? Adakah hanya untuk bersaing dengan Myvi Special Edition yang mempunyai warna hitam separuh badan kereta? Apa pun kita tunggu maklumat lanjut dari pihak Proton. 

Proton

Proton Tawar Child Seat Dengan Isofix Berkualiti Pada Harga RM299 (Stok Terhad)

May 2, 2017

Proton menawarkan kerusi budak atau child seat dengan fungsi Isofix berharga RM1000 hanya pada RM299 untuk setiap pembelian lereta baru Proton. Ini bertujuan untuk mempromosikan aspek keselamatan terutamanya yang membabitkan kanak-kanak. Berkunjunglah ke bilik pameran Proton berdekatan sekarang untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan dengan tawaran ini. Masa dan stok terhad. 

Toyota

Toyota Agya Facelift, Kembar Perodua Axia Sedia Dilancar di Indonesia

April 6, 2017

Toyota Agya, kembar kepada Daihatsu Ayla dan Perodua Axia akan melancarkan model faceliftnya di Indonesia. Bahagian hadapannya kelihatan lebih garang dan menampakkan dna rekaan terbaru Toyota yang menyerupai model popular mereka iaitu Yaris.

Bahagian side member dan pintu masih mengekalkan rekaan sama dengan Perodua Axia. Lampu combi belakang pula ada sedikit tambahan reflektor pada bahagian panel backdoor. Bumper belakang juga direka dengan lebih sporty, mirip dengan rekaan Axia. Apakah kita bakal melihat Axia facelift dengan rekaan sebegini? 

error: Content is protected !!