• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Pengeluaran Mitsubishi Lancer Evolution Ditamatkan, ‘Final Edition’ Terhad 1000 Unit Diperkenal

April 11, 2015 by admin

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

  

Setelah 23 tahun dalam dunia automotif, Mitsubishi Motor Corp MMC telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan lagi pengeluaran model ikonik mereka iaitu Lancer Evolution. Model terakhir ialah Evo 10 yang mula dijual pada tahun 2007. Sempena penamatan pengeluaran model Lancer Evo ini, pihak Mitsubishi Motors telah mengumumkan model terakhir iaitu Final Edition terhad kepada 1000unit sahaja.

   

 

Model ini akan berada di pasaran pada bulan 8 2015 namun spesifikasinya sudahpun di umumkan kepada media. Model terakhir ini hanya dikeluarkan dengan kotak gear manual sahaja, juga mendapat modifikasi enjin, sistem suspensi dan cakera brek jenis 2 piece.

   

   

Kemasan dalamannya juga menampilkan trim yang berbeza dan emblem final edition juga terdapat pada konsol tengah di tuil gear. Model final edition ini menggunakan enjin jenis 4BII, 4 silinder sebaris DOHC turbo yang ditala menghasilkan kuasa sebanyak 300ps dan tork maksima 422Nm. 

Berita yang agak menyedihkan bagi peminat-peminat model Evo seluruh dunia. Kehilangan Evo pasti amat dirasai. Kita harapkan agar Mitsubishi akan mengeluarkan model lain seperti Evo di masa akan datang. 

Sumber: clicccar

Email, RSS Follow

Share this:

  • Twitter
  • Facebook
Share this on WhatsApp

Filed Under: Mitsubishi Tagged With: Lancer Evolution Final Edition

No Comments

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023
  • Pameran Malaysia Autoshow 2023 Dari 4 hingga 7 Mei 2023 Di MAEPS May 6, 2023
  • Minyak Enjin Kerap Hilang Untuk Estima, Alphard & Vellfire? November 13, 2022

Carian

Copyright © 2025 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in