• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Tips Kereta: Panduan Menggunakan Mode Kitaran Udara Aircond – Mesti Baca!

September 18, 2015 by admin

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

  
Pasti ramai yang masih tidak mengetahui bagaimana hendak memilih mode kitaran udara kereta anda. Pastinya setiap mode itu mempunyai fungsi tersendiri dan bilakah anda perlu memilih mana satu mode yang betul? Kali ini admin ingin kongsikan tips bagaimana cara untuk memilih mode kitaran udara penyaman udara ini.

1. Mode kitaran udara luaran

  
Mode kitaran udara luar adalah mode yang disyorkan untuk digunakan dalam buku manual pengguna. Mengapa? Sebab udara luar kurang menyebabkan kabus terutamanya ketika pemanduan dalam keadaan hujan lebat atau cuaca luaran yang sejuk. Jika anda perhatikan mode aliran udara aircond, anda dapat lihat jika anda mahu menggunakan aircond untuk hilangkan kabus di cermin ketika hujan lebat atau cuaca sejuk, anda haruslah menggunakan mode kitaran udara luaran. Rujuk gambar di bawah;

>>Ingin pendapatan tanpa had dengan kerja yang sah di sisi undang2? klik sini untuk maklumat lanjut<<

  
Mode kitaran udara luaran dipilih jika anda memilih aliran aircond untuk menghilangkan kabus pada cermin hadapan. Mode kitaran in juga memberikan udara yang segar masuk kedalam kabin dan memastikan kualiti udara sentiasa baik.  Namun kekurangan mode ini ialah bau-bauan yang kurang enak seperti asap kenderaan, bau lori ikan atau lain-lain akan masuk ke dalam kereta anda. Jika terdapat gangguan bau-bauan, anda boleh memilih mode berikut;

2. Mode kitaran udara dalaman

  
Model kitaran udara dalaman membenarkan hanya udara dalam kereta dikitar semula. Jadi bau-bauan yang tidak diingini tidak masuk ke dalam kereta anda. Mode kitaran dalaman juga akan menyejukkan kabin lebih cepat banding mode luaran. Mode ini juga membantu dalam keadaan berjerebu di mana udara luar sangat kotor. Pastikan anda tidak menggunakan mode ini sewaktu hujan lebat atau cuaca sejuk kerana kabus sukar hilang jika udara tidak digantikan. Jika tiada keadaan seperti di atas, adalah disarankan untuk menukar kepada mode luaran seperti yang terdapat di dalam manual pengguna. Kenapa perlu menukar kepada mode luaran adalah, jika anda menggunakan mode kitaran dalaman terlalu lama, udara yang dikitar semula telah berkurang kualitinya kerana telah digunakan oleh pemandu dan penumpang antaranya kandungan oksigen menjadi kurang dan kelembapan yang bertambah. Kekurangan oksigen boleh menyebabkan mengantuk dan kelembapan yang tinggi menjadikan mudah berkabus. Jadi yang terbaik adalah gunakan mode kitaran dalaman sewaktu untuk menyejukkan kereta dan tukar kepada mode luaran apabila sudah sejuk. Anda juga perlu memastikan kabin filter ditukar ikut jadual untuk penyejukan dan kualiti udara yang optimum.

Semoga anda semua dapat ilmu kali ini dan jika artikel ini bermanfaat sharekan dengan rakan-rakan yang lain. InsyaAllah di lain masa admin akan share lagi tips-tips berkenaan kereta dengan anda semua.

Email, RSS Follow

Share this:

  • Twitter
  • Facebook
Share this on WhatsApp

Filed Under: Tips Kereta Tagged With: tips penggunaan mode kitaran udara aircond

No Comments

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023
  • Pameran Malaysia Autoshow 2023 Dari 4 hingga 7 Mei 2023 Di MAEPS May 6, 2023
  • Minyak Enjin Kerap Hilang Untuk Estima, Alphard & Vellfire? November 13, 2022

Carian

Copyright © 2025 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in