Proton

BorgWarner Bekal Turbo Charger Unit Untuk Proton

September 24, 2010

Setelah semalam kita mendengar berita dari Proton yang bakal mengeluarkan enjin turbocharged, hari ini satu info dari autoinsidermalaysia.blogspot.com mendapat sumber yang turbo charger unit Proton bakal dibekalkan oleh BorgWarner. BorgWarner Inc merupakan syarikat teknologi tinggi yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan merupakan salah satu pembekal utama turbo charger unit untuk pengeluar automotif. (BorgWarner)

Enjin turbocharged ini yang akan pertama kali dipasang pada Exora mungkin akan di pamer di KLIMS. Mengikut sumber, enjin ini bakal menghasilkan 150 kuasa kuda dan 200Nm daya kilasan digabung sama dengan teknologi VVT untuk lebih penjimatan bahan bakar.

Sumber: autoinsidermalaysia.blogspot.com

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!