• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

5 Model Teratas Pasaran Kereta Di Jepun Untuk Separuh Pertama Tahun 2025

September 20, 2025 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

Dunia automotif kini lebih meriah dan persaingan juga lebih sengit dengan kehadiran pelbagai jenama baru terutamanya dari negara China. Sebelum itu, dunia automotif di Asia lebih dikuasai oleh pengeluar dari negara Jepun untuk sekian lama menjadikan mereka adalah pengeluar automotif tradisional kepada para pelanggan mereka. Mereka juga sudah menjadi jenama isirumah di kebanyakan negara di Asia. Pengeluar dari negara China pula mempertaruhkan kenderaan elektrik penuh dan juga model-model dengan aksesori yang sangat menarik dan juga dengan harga yang kompetitif. Kepelbagaian ini sebenarnya menguntungkan para pembeli kerana mereka mempunyai pilihan mengikut citarasa dan juga bajet yang sesuai.

Dalam hantaran blog kali ni admin ingin berkongsikan 5 model teratas jualan bagi separuh tahun 2025 di negara Jepun. Umum mengetahui tidak semua model yang dijual di sana ada juga di pasaran luar. Ini kerana faktor cukai dan kapasiti pengeluaran mungkin menghadkan pasaran bagi model tertentu. Biasanya, model yang hanya dijual di negara Jepun sahaja dipanggil Japan Domestic Market atau biasa disebut sebagai JDM. Mari kita lihat 5 model teratas di negara Jepun untuk separuh tahun 2025

No. 5 Toyota Raize

Toyota Raize menduduki tempat ke 5 dengan jualan sebanyak 48,269 unit. Harga bermula dari 1.8juta yen (RM51K) ke 2.4juta yen (RM67K). Ditawarkan dengan enjin petrol dan hibrid dengan penjimatan bahan api maksima sehingga 30km/l. Raize jauh meninggalkan kembarnya iaitu Daihatsu Rocky dengan spesifikasi lebih kurang sama dengan hanya 8ribu unit terjual di separuh tahun 2025. Di Malaysia, model ini juga di keluarkan oleh Perodua, dengan nama Ativa, juga antara pilihan rakyat Malaysia dengn jualan lebih 2 ribu unit sebulan.

No. 4 Hond Freed

Honda Freed, merupakan satu lagi model yang tidak asing lagi di pasaran negara Jepun dan sudah pun masuk ke generasi yang ketiga. Model ini terjual sebanyak 49,092 unit bagi separuh pertama tahun 2025. Honda Freed adalah pesaing kepada Toyota Sienta dan juga model Note dari Nissan. Model ini dikuasan dengan enjin petrol dan juga hibrid e.HEV dengan penjimatan minyak sehingga 26 l/km. Harga pula bermula dari 2.6juta yen (RM73K) sehingga 3.6juta yen (RM100K). Kenapa model seperti Freed ini popular? Model kereta seperti Freed ini menawarkan nilai yang tepat seperti harga yang mampu milik, saiz tidak terlalu besar mudah bagi pemandu wanita, pintu sliding door memudahkan urusan keluar masuk terutamanya bagi kanak-kanak dan warga emas dan juga kelihatan lebih elegan. Honda Malaysia pernah sekali membawa masuk model ini secara rasmi namun sekarang tidak lagi.

No. 3 Toyota Sienta

Di tempat ketiga adalah Toyota Sienta. Model generasi ketiga ini, seperti juga generasi sebelumnya terus mendapat sambutan baik dari rakyat Jepun, kerana seperti juga Honda Freed, kereta ini amat praktikal dengan nilai yang ditawarkan. Pada separuh pertama tahun 2025, ia telah terjual sebanyak 56,888 unit. Seperti Honda Freed, model ini juga dalam kategori mini MPV dan mempunyai kapasiti 7 tempat duduk. Model ini ditawarkan dengan pilihan enjin petrol dan hibrid, mempunya penjimatan minyak yang hebat iaitu sehingga 28km /liter. Ianya dijual pada harga sekitar RM58K hingga RM90K. Model generasi pernah dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia namun ianya telah dihentikan atas sebab yang tidak diketahui.

No. 2 Toyota Corolla

Tempat kedua pula diungguli oleh Toyota Corolla. Barisan model Toyota Corolla yang sedang dijual di negara Jepun adalah Corolla sedan, Cross, Touring, Fielder, Axio dan juga Corolla sports hatchback. Semua keluarga Toyota Corolla telah terjual sebanyak 75,019 unit pada separuh pertama tahun 2025. Harganya pula sekita RM51K sehingga RM88K dan ditawarkan satu pilihan enjin iaitu hibrid sahaja.

No. 1 Toyota Yaris

Di kedudukan pertama adalah model Toyota Yaris. Ianya terjual sebanyak 89,942 unit untuk separuh pertama tahun 2025. Ianya begitu banyak terjual adalah kerana pertama, ianya sangat jimat bahanapi. Model hibrid boleh mencecah penggunaan bahan api sehingga 36km /liter! Yaris juga mempunyai fungsi pemanduan yang hebat, sistem keselamatan terkini selain harga yang mampu milik juga menjadi faktor kepada jumlah jualan yang tinggi. Bagi kategori prestasi tinggi pula anda boleh memberli kategori GR. Model Yaris GR juga ada dibawa masuk secara rasmi, dengan tanda harga mencecah lebih dari RM300K!.

Apa yang dapat kita lihat dengan hantaran ini adalah 4 model teratas jualannya adalah dari jenama Toyota. Bermaksud rakyat Jepun yakin dengan proses pembuatan kereta Toyota dan juga pengalaman lepas jualan yang lebih baik.

Email, RSS Follow

Share this:

  • Facebook
  • X
Share this on WhatsApp

Filed Under: Uncategorized

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 5 Model Teratas Pasaran Kereta Di Jepun Untuk Separuh Pertama Tahun 2025 September 20, 2025
  • Proton Persona Capai 1 Juta Kilometer, Pemilik Berasa Bangga Bersama ‘Sahabat’ September 18, 2025
  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023

Carian

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in