Daihatsu, Toyota

Daihatsu Bakal Jadi Pengeluar Kelengkapan Asli (OEM) Kereta Mini Toyota

September 29, 2010

Toyota Motor Corporation, pengeluar kenderaan nombor satu di Jepun telah mengeluarkan kenyataan untuk menyertai pasaran kereta mini di pasaran Jepun disebabkan saingan sengit yang dihadapi oleh anak syarikatnya iaitu Daihatsu Motor Corporation dan adanya permintaan dari bakal pembeli mengenai kereta mini Toyota.

Buat permulaan, Daihatsu akan memberikan Toyota 3 model untuk dikeluarkan atas jenama Toyota dan ini bakal merancakkan lagi persaingan segmen kereta mini Jepun.

Unjuran jualan pada tahun 2011 adalah 60ribu unit setelah ketiga-tiga model itu berada di pasaran.

Kereta mini di Jepun diklasifikasikan dengan sesaran enjin 660cc dan klasifikasi ini adalah unik untuk Jepun sahaja. Kategori mini ini merangkumi 1/3 daripada jumlah jualan kereta baru di Jepun.

Disebabkan persaingan yang sengit dan jumlah pasaran yang agak besar, banyak pengeluar heavyweight Jepun seperti Fuji Heavy(Subaru), Nissan dan Mitsubishi menggunakan lesen pengeluaran kereta mini dengan menyalin model daripada Daihatsu ataupun Suzuki.

Komen aku: Lepas ni dapatlah kita naik kereta 660cc Jenama Toyota pulak. Ni la Toyota, bagi la peluang pada pengeluar lain, semua dia nak kebas. Apa-apa pun bagus untuk persaingan dan secara tak langsung meningkatkan lagi kualiti produk.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!