Proton

DRB Hicom Menilik 32% Saham Proton Secara Senyap?

September 21, 2010


Saya ada terbaca satu artikel dalam surat khabar New Strait Times mengenai syarikat milik taikun Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary iaitu DRB Hicom ingin mengambil 32 peratus saham dalam Proton. DRB Hicom pernah satu ketika dahulu memegang saham dalam Proton namun mereka telah melupuskan pegangan itu atas sebab tertentu.

Pengarah Urusan Proton, Dato’ Syed Zainal ketika ditanya tidak tahu menahu mengenai perkembangan itu dan beliau rasa terkejut. Pihak Khazanah Nasional, pemegang utama saham Proton juga tidak mengetahui berita itu dan ada kemungkinan pihak DRB Hicom telah melakukan rundingan terus dengan kementerian kewangan.

Pada pendapat saya, Proton tidak perlu bergabung bersama DRB Hicom kerana ape yang diperlukan oleh Proton sekarang bukanlah suntikan kewangan tetapi teknologi pembuatan komponen dan pasaran yang lebih luas. Adalah lebih baik Proton mencari rakan strategik dikalangan pengeluar berpengalaman untuk meningkatkan lagi kebolehupayaan mengeluarkan komponen yang baik dan tingkatkan skala ekonomi seperti yang berlaku pada SEAT dan SKODA.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!