Lotus

Dua Model Hybrid Misteri Akan Dibawa Oleh Lotus Ke Paris

September 27, 2010

Lotus, anak syarikat Proton Holdings Bhd mengumuman akan membawa dua model hybrid dengan enjin pemasangan hadapan ke Pameran Kereta Antarabngsa Paris yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Baru-baru ini Lotus telah melancarkan Evora Hybrid (Evora 414E Hybrid), menggunakan enjin pasangan tengah (gambar atas). Tidak seperti Evora Hybrid, kereta hybrid misteri ini bakal dipacu oleh enjin pasangan hadapan dengan 47 kuasa kuda dengan kapasiti 1.2liter dan 3 silinder. Teruskan bacaan unuk info dan gambar kemungkinan model misteri ini.

Walaupun masih misteri, kita dapat mengagak bahawa 2 model itu ialah Lotus EMAS yang mempunyai 2 varian iaitu versi 2 pintu dan 4 pintu. Model ini akan menggunakan teknologi ‘range extender’ Lotus iaitu Hybrid kombinasi enjin 1.2liter dan motor elektrik.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!