Honda

Honda Ubah Kaedah Perolehan Komponen Untuk Saingi Hyundai

September 22, 2010

Honda Motor, pengeluar kereta nombor dua di Jepun, masih menggunakan kaedah perolehan komponen secara ‘common’ atau serupa untuk kereta yang dikeluarkannya demi untuk menawarkan kepada pelanggan mereka spesifikasi yang sama tidak kira di mana pun.

Namun begitu, menurut En. Masaya Yamashita, ketua operasi perolehan komponen Honda, strategi ini telahpun ketinggalan zaman dan hanya membuatkan harga kereta Honda menjadi mahal di negara yang tidak sepatutnya seperti China, India dan beberapa negara lain di mana Hyundai dari Korea Selatan sedang mengembangkan pasarannya dengan kereta yang lebih menepati citarasa negara tersebut.


Komen aku: Bagi aku, strategi baru Honda untuk meniru kaedah Hyundai adalah tepat kerana semua telah sedia maklum, kereta Honda kekurangan varian demi kerana untuk memberikan pelanggan spesifikasi yang sama. Ambil contoh Honda City, Cuma ada 2 varian sahaja iaitu E dan S berbanding Toyota Vios yang mempunyai sehingga 4 varian iaitu TRD, G, E, J. Di Malaysia, mungkin Hyundai masih belum dapat menjual kereta mereka secara besar besaran namun di pasaran China atau India, memang Hyundai mempunyai banyak varian. So Hyundai tiru Toyota lepas tu Honda tiru Hyundai? Apa-apa lah asalkan dapat kekal kompetitif.

Satu lagi, jika Honda mula menggunakan strategi ini, saya rasa hilanglah semangat ‘Power of Dreams’ yang diilhamkan pengasasnya iaitu Honda Soichiro yang mana beliau mahukan kereta Honda direkabentuk dan dijual demi ‘passion’ dan bukannya keuntungan semata seperti Toyota.

Sumber: Autospies

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!