Honda

Honda UK Tamatkan Jualan Civic Type R Kerana Piawaian Emisi Karbon

September 28, 2010

Honda Motor, pengeluar kereta nombor dua di Jepun, akan menamatkan jualan Civic Type R di Eropah kerana kereta itu tidak akan melepasi piawai pelepasan karbon baru bagi kenderaan yang bakal di laksanakan di Eropah.

Enjin 2.0liter suntikan terus VTEC Honda Type R ini tidak dapat melepasi piawaian Euro5 untuk enjin petrol suntikan terus yang akan dikuatkuasakan pada awal 2011. Honda akan menamatkan pengeluaran model ini di Kilang Swindon, UK seawal bulan 10 ini. Satu majlis ‘perpisahan’ juga bakal diadakan di litar Silverstone sebagai memperingati mesin lagenda perlumbaan Honda itu.

Komen aku: Piawaian pelepasan karbon semakin ketat di Eropah dengan pelaksanaan Piawaian Euro5. Sebagai bandingan, di Malaysia, kita masih lagi pada piawaian Euro2. Satu-satunya negara ASEAN yang mencapai piawaian Euro4 ialah Singapura.
Sila teruskan bacaan untuk lebih cerita lanjut dan gambar untuk model ini.

Dengan pelakasanaan piawaian baru ini, Honda Motor, yang sebelum ini hanya bergantung kepada enjin talaan aspirasi normal VTECnya perlu memikirkan untuk beralih arah kepada enjin ‘supercharge’ + ‘Turbocharged’ generasi baru yang mempunyai sesaran lebih kecil tanpa mengurangkan kuasa kuda dan daya kilasan. Sudah tentu enjin yang lebih kecil akan melepaskan jumlah karbon yang kecil digabung dengan kualiti petrol tahap Euro5.
Volkswagen telahpun kedepan dalam pembuatan enjin seperti ini iaitu enjin TSi dan TDinya.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!