Mitsubishi, New Model

Mitsubishi Rancang Keluarkan Evo Hybrid

September 27, 2010

Mitsubishi Motor Corp (MMC), pengeluar automotif Jepun sedang merancang untuk mengeluarkan varian hybrid untuk kereta berprestasi tinggi popularnya iaitu Mitsubishi Lancer Evolution. Ia berasaskan konsep kereta ‘hijau’ berprestasi tinggi.

Desas-desus mengatakan varian ini bakal mempunyai fungsi ‘cucuk dan cas’ di mana motor elektrik akan menggantikan turbocharger unit. Seterusnya, kereta ini akan menggunakan enjin 2.0 liter aspirasi normal. Seperti Evo yang sebelum ini, kereta ini dijangka mempunyai pacuan 4 tayar, di mana motor elektrik akan menjanan roda hadapan dan enjin petrol untuk roda belakang.

Lancer Evolution 11 dengan ‘cucuk dan cas’ konsep varian telahpun dipamerkan di pameran kereta antarabangsa Tokyo 2009 menggunakan mekanisme yang sama dengan kereta elektrik kompak mereka iaitu iMIEV.

Komen aku: Rancangan Mitsubishi ini merupakan satu revolusi baru dalam siri kereta berprestasi tinggi. Setelah berdekad menggunakan turbocharger yang meneguk petrol dan pelepasan karbon yang tinggi, banyak syarikat automotif beralih arah kepada teknologi Hybrid untuk kereta-kereta berprestasi tinggi mereka.

Baru-baru ini Ferrari dan juga Lotus telah mengumumkan Hybrid mereka yang pertama dan berkemunkinan besar kita dapat nantikan kemunculan pertama mereka di Pameran Kereta Antarabangsa Paris.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!