New Model, Volkswagen

Paris Preview: Volkswagen Passat Baru Menyerupai Toyota Camry

September 30, 2010

Volkswagen, pengeluar kereta nombor dua terbesar di dunia, telah memperagakan model Passat terbarunya sebelum bermulanya Pameran Motor Paris pada hujung minggu ini.

Volkswagen yang dikatakan mahu menjadi pengeluar nombor satu dunia pada 2014 mengatasi pengeluar Jepun Toyota Motor Corporation, mahu menjadikan model ini pesaing kepada model paling popular di Amerika iaitu Toyota Camry. Ia juga mengunjurkan untuk menjual 800 ribu unit Passat baru ini di Amerika iaitu jumlah yang perlu untuk mengambil alih kedudukan Toyota di carta teratas.

Banyak pemerhati mengatakan Volkswagen semakin terdesak sehingga model Passat terbarunya amat ‘menyerupai’ Toyota Camry dari pelbagai sudut. Mereka juga berpendapat jika bentuk lebih kurang sama dengan Camry macamana nak saingi jualan Camry?

Apa-apa pun kita tunggu pelancaran rasminya di Pameran Motor Paris dan dapat lihat lebih gambar mengenai apa kelebihan kereta ini berbanding Camry.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!