Uncategorized

Preview Majalah Autocar Edisi September

September 19, 2010


Walaupun sudah hampir ke penghujung bulan September, namun masih belum terlambat bagi saya untuk memberi preview majalah Autocar edisi September. Saya meminati majalah ini kerana isinya padat dan tiada memaparkan gambar perempuan seksi. Segalanya tepat mengenai kereta dan informasi automotif.

Pada edisi kali ini, Autocar telah membuat perbandingan mengenai kelas segmen C di mana mereka membandingkan model terbaru Chevrolet Cruze dibandingkan dengan Toyota Altis dan Nissan Sylphy. Chevrolet Cruze memberikan package terbaik pada harga terendah seperti transmisi 6 kelajuan dan enjin 1.8liter Ecotec namun ia belum cukup lagi untuk menyaingi Altis dan Sylphy. Menurut Autocar, segmen C masih lagi dikuasai oleh jenama Jepun namun begitu dengan tawaran yang diberi oleh Cruze, pasti menghangatkan lagi pasaran untuk segmen ini.

Edisi kali ini juga mengandungi comparison antara model terbaru Ferrari iaitu 438 Italia dengan supercar yang lain iaitu Lexus LFA, Porsche dan Noble. Ferrari 438 Italia telah dipilih untuk dijadikan penanda aras baru kepada supercar walaupun mendapat saingan sengit dari LFA. Untuk info lanjut, sila dapatkan majalah ini di pasaran.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!