Proton

Proton Perkenal Exora Turbo Tahun Depan, Lancar Model Baru dan Facelift Tahun Ini

September 23, 2010

Proton dipetik oleh Bernama akan memperkenalkan enjin turbocharged baru pada tahun depan dan Exora akan dijadikan model perintis untuk menggunakan enjin jenis ini.

Menurut Pengarah Urusan Proton, Dato’ Syed Zainal, prestasi enjin turbo charged ini akan menyamai enjin 2.0liter dan akan menjadi pembantu kepada model-model Proton yang akan datang dari segi prestasi, emisi dan juga standard quality. Beliau juga berkata, sebelum hujung tahun ini, Proton akan melancarkan satu model facelift dan satu model baru hasil kerjasama dengan Mitsubishi iaitu model gantian Waja.

Menurut beliau, model gantian Waja ini akan mempunyai tag harga yang sedikit tinggi sesuai dengan kelengkapan dan aksesori berteknologi tinggi disamping prestasi yang akan dibawa bersamanya. Proton juga sedang giat membangunkan model hybrid dan elektrik dan buat masa sekarang masih lagi dalam peringkat ujian nilai prestasi dan penilaian keselamatan. Beliau juga menyatakan Proton sedang giat mengembangkan pasaran eksportnya dan mengunjurkan eksport 30,000 unit kenderaan pada tahun ini.

Dalam masa yang sama, Pengerusi Proton, Dato’ Nadzmi menegaskankan Proton tidak mempunyai niat untuk menjual Lotus pada masa sekarang sebaliknya berusaha untuk memulihkan syarikat tersebut dengan meningkatkan jualan kenderaanya. Proton juga telah mendapat banyak faedah daripada Lotus katanya.

Sumber: Bernama

Komen aku: Inilah berita yang paling aku nantikan. Akhirnya enjin turbo charged yang mempunyai daya kilasan atau torque maksimum pada RPM rendah. Pick up mesti hebat. Enjin jenis ini adalah trend masa kini iaitu mengecilkan sesaran tanpa mengurangkan kuasa dan prestasi untuk mengurangkan emisi karbon dioksida. Di Eropah, kebanyakan pengeluar sudah beralih ke enjin jenis ini untuk menepati standard emisi yang ketat seperti Volkswagen dengan TSi dan TDi, Prince engine dan sebagainya.

Beberapa bulan lalu, Proton Exora telah dilihat sedang diuji menggunakan kotak gear CVT bersama enjin CFE. Kali ini ia dipastikan sendiri oleh Proton dan aku rasa berbaloi untuk tunggu Exora turbo charged ini. Apa Komen anda?

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!